PAS sudah terima hakikat PKR tolak hudud...?Mudahnya PAS boleh Lupai Nya

Hangat-hangat tahi ayam... Nampaknya kepimpinan PAS Permatang Pauh gagal menolak tekanan demi tekanan yang diterima untuk melaksanakan mandat ahli PAS kawasan tersebut supaya PKR menyokong hudud dan meminta maaf kepada presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebaliknya, di bawah tekanan PAS Permatang Pauh menerima kenyataan pelaksanaan undang-undang hudud ditolak sekutunya dalam Pakatan, PKR.

Namun begitu ia tetap membantah pendirian pemimpin Islam dalam parti yang menentang undang-undang hudud.

Menurut Yang Dipertuanya, Omar Hassan perbezaan yang timbul tidak akan menjejaskan jentera pilihan raya Pakatan untuk membantu calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan menyifatkan kemelut yang melanda PAS kawasan itu dan PKR sebagai sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.

"Kita telah mendapat arahan daripada majlis syura ulama yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya jentera pilihan raya PAS kawasan Permatang Pauh memberi sokongan.

"Semuanya sudah selesai," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran jentera pilihan raya PAS Kawasan Permatang Pauh oleh Timbalan Presiden parti, Mohamad Sabu, di sini.

Isu sokongan PAS terhadap calon PKR pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh timbul apabila PAS kawasan Permatang Pauh meluluskan usul menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Ia juga mahukan PKR memohon maaf secara terbuka untuk mendapat sokongan PAS kawasan itu pada PRK berkenaan.

Ditanya sama ada rakan sekutunya itu telah memohon maaf atau tidak, Omar berkata: "(Isu itu) tidak ditimbulkan lagi...perkara itu sudah selesai".

PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei, menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PKR, Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon Bebas.

Calon BN Suhaimi Sabudin yang juga setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh akan ditentang Presiden PKR Dr Wan Azizah, Salleh Ishak (Bebas) dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana