Parti DAP Tak Boleh DiJadikan Kawan..... Pemimpin DAP kutuk Presiden PAS

PETALING JAYA, 12 April – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikutuk secara terbuka oleh pemimpin DAP ekoran Himpunan HINDAR bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kurang mendapat sambutan.

FMT melaporkan bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu di laman sosial Facebook memuatkan status ‘padan muka Haji Hadi’, “padan muka UG (Kerajaan Perpaduan) yang merujuk kepada Himpunan HINDAR di Padang Merbok pada Sabtu yang tidak mencapai sasaran.

Dia memuatkan status dan beberapa keping gambar sekitar Himpunan HINDAR pada 11 April, kira-kira jam 11.30 
malam.

Ronnie Liu mendakwa Himpunan HINDAR yang tidak membawa sebarang makna itu telah digunakan untuk 
menghentam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pemimpin liberal PAS yang lain.

“Digunakan hentam Mat Sabu dan pejuang PAS yang liberal,” tulis bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 
Pandamaran itu dipetik FMT.

Perhimpunan itu adalah merupakan program anjuran Dewan Ulama PAS Pusat bermula jam 4 petang semalam hingga 9 malam, mendapat kelulusan pihak polis.Sementara itu, Ronnie Liu yang pernah menjadi EXCO Kerajaan PKR Selangor, turut memuat naik kiriman terbaru dalam facebooknya yang menyindir Haji Hadi berikutan kenyataan Presiden PAS itu bahawa parti itu wajib menerima jika UMNO mengajak berunding mengenai hudud.

“Ooh ia kah kononnya UMNO yang ajak!!!!

“Jika UMNO yang ajak kenapa tiada seorang pun Menterinya bawakan usul ini dalam Dewan Rakyat?.

“Jika UMNO yg ajak anehnya President UMNO sampai hari ini tidak pernah nyatakan pendirian UMNO sokong usul peribadi ini?,” kata Ronnie.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana