Parah Ni.....bukan dari kalangan ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sudahkah diberi perhatian serius?

Apa macam PKR dan DAP... Permintaan PAS Permatang Pauh sebelum ini supaya calon pilihanraya kecil di kawasan tersebut bukan dari kalangan ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sudahkah diberi perhatian serius?

Ini kerana Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan pada Ahad memberi amaran ada ‘kejutan’ dalam pilihanraya kecil di sana sekiranya anggota Pakatan Rakyat yang lain, PKR dan DAP, tidak menghormati PAS.

PAS Permatang Pauh kata Omar bersedia berdepan dengan cabaran daripada kedua-dua Barisan Nasional atau PKR dan DAP sendiri.

“Apa yang kita mahu adalah supaya kempen pilihan raya kecil ini berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Jangan cabar dasar dan masalah yang sememangnya diperjuangkan oleh PAS sejak awal lagi menyertai Pakatan Rakyat.

“Kami tidak teragak-agak menunjukkan beberapa kejutan sekiranya ada pihak yang tidak menghormati polisi dan perjuangan kami, dan kami tidak akan membenarkan apa-apa khianat dibuat,” kata Omar dalam uacapannya di mesyuarat tahunan PAS Permatang Pauh di Dewan Haji Yusuf Ar-Rawa Permatang Pauh.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh ADUN Melor Kelantan , Dr Md Yusnan Yusof.

Omar menambah Permatang Pauh bersedia menerima apa jua pandangan, cadangan malah kritikan sekiranya ia dapat membantu meningkatkan agama Islam.

Sementara itu, AMK PKR tidak mempedulikan desakan Pemuda PAS Pulau Pinang supaya mereka memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan jawatan.

Timbalan Ketua AMK negeri, Khairil Anuar Kamaruddin berkata, ini kerana pihaknya beranggapan bahawa desakan itu bukan pendirian PAS, sebaliknya hanya kenyataan peribadi Ketua Pemuda PAS negeri, Mohd. Yusni Mat Piah.

Dalam masa sama, beliau menegaskan, isu kerjasama antara pembangkang dalam PRK Parlimen Permatang Pauh tidak sepatutnya timbul.

“Kepemimpinan pembangkang di peringkat Pusat sudah pun mengeluarkan arahan kepada kepemimpinan negeri dan ahli akar umbi mengenai kerjasama pakatan pembangkang (dalam PRK Permatang).

“Jadi, fokus utama sekarang ialah bekerja kuat untuk mengekalkan kemenangan di Parlimen Permatang Pauh,” katanya.

Sebelum ini, Mohd. Yusni memberi kata dua kepada AMK negeri supaya memohon maaf dan menarik balik desakan agar Abdul Hadi berundur daripada parti itu sekiranya mahu menggunakan jentera Pemuda PAS negeri dalam PRK berkenaan.

Gesaan itu dibuat selepas Mohd. Yusni menyifatkan ahli-ahli Pemuda PAS negeri masih terasa dengan kenyataan tersebut sekali gus berasa tidak selesa untuk bekerjasama dalam program sepanjang kempen PRK berkenaan termasuk dengan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) negeri.

Khairil Anuar sebelum ini pernah membuat kenyataan mendesak Abdul Hadi berundur daripada PAS kerana dilihat menjadi liabiliti kepada usaha mengukuhkan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang disifatkan beliau ‘mesra UMNO'.

Dalam pada itu, ditanya sama ada AMK negeri akan memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka seperti didesak Pemuda PAS negeri, Khairil Anuar bagaimanapun tidak memberikan sebarang penjelasan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana