Panasss!!!! Nizar Jamaluddin dipecat oleh PAS Perak?

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkemungkinan besar bakal dipecat oleh parti berkenaan ekoran kenyataanya tidak menyokong perlaksanaan hudud baru-baru ini.

Kedudukan Mohammad Nizar didalam parti berkenaan mula menjadi persoalan selepas Dewan Ulama PAS Perak mengeluarkan kenyataan sudah hilang kepercayaan terhadap bekas Menteri Besar Perak itu.

Dalam satu kenyataan Ketua Penerangan PAS Perak, Norazli Musa berkata, Dewan Ulama disana sudah membuat satu pendirian untuk tidak percaya kepada Mohammad Nizar dalam satu mesyuarat sebelum ini.

Norazli berkata, PAS masih belum memutuskan nasib Mohammad Nizar dan seorang lagi ahli iaitu Yang Dipertua (YDP) PAS Tambun,  Dr Khairuddin Abdul Malik berhubung tindakan tidak menyokong hudud.

“Perkara itu disahkan dan diputuskan selepas berlangsung mesyuarat Dewan Ulama Pas Perak Ahad lalu,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi semalam.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Pas Negeri dan kami akan buat kenyataan secara rasmi selepas mendapat maklum balas beliau,” katanya dalam satu kenyaataan.

Sebelum ini,  Mohammad Nizar dan Khairuddin telah membuat satu kenyataan untuk tidak menyokong perlaksanaan hudud oleh PAS sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih negeri berkenaan pada pilihan raya akan datang.

Susulan kenyataan tersebut,  Dewan Ulama membidas tindakan Mohammad Nizar yang membuat satu pendirian melanggar prinsip perjuangan parti khususnya perlaksanaan hudud tanpa sebarang persetujuan oleh pemimpin PAS di sana.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Norazli menegaskan tindakan yang dilakukan kedua-dua ahli PAS itu jelas satu kesalahan kerana melanggar prinsip perjuangan parti dalam menjalankan undang-undang Islam.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang sengaja menyebarkan surat berhubung tindakan PAS dalam isu melibatkan Mohammad Nizar dan Khairuddin dilaman sosial.

“Perkara itu salah di sisi parti dan sepatutnya pihak berkenaan perlu menunggu keputusan rasmi dari Dewan Ulama Pas Negeri,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana