Panas Telinga Puak PKR Mendengarnya....PKR akan ditolak oleh rakyat - PAS Terengganu

PAS Terengganu menjangka sekiranya PKR mengambil tindakan bertentangan dengan parti itu, PKR mungkin ditolak rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, sekiranya keadaan itu berlaku, beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertembungan kerusi sebagaimana di beberapa kerusi pada pilihan raya umum lepas.

Menurutnya, keadaan mungkin akan menjadi sukar kepada PKR apatah lagi beliau mendakwa adanya petugas PSD yang bekerja untuk memenangkan calon PKR.

“Kalau ambil sikap konfrontasi dengan PAS, dia akan ditolak dan tidak mustahil boleh jadi pertembungan kerusi (pada PRU14),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak bahawa hubungan parti itu dengan PKR di peringkat negeri agak longgar ketika ini.

Dengan perkembangan yang berlaku sebelum ini termasuk isu saman bekas calon PKR terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditambah pula dengan perkembangan politik di peringkat Pusat, beliau berkata, ia turut mempengaruhi hubungan tersebut dan tidak menolak memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada PKR di peringkat negeri.

Beliau berkata, isu terbaharu melibatkan hudud juga dilihat memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada PKR apatah lagi pimpinan PKR peringkat Pusat sebelum ini turut memberi kenyataan tidak menyokong hudud.

Beliau memberitahu, keadaan politik di Terengganu agak berbeza kerana ia lebih didominasi oleh UMNO dan PAS.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan kenyataan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing yang akur terhadap kepimpinan DAP Pusat untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau memberitahu, Chai Hing sebelum ini boleh bertindak membelakangi parti apabila keluar daripada DAP apabila menjadi pegawai kepada Abdul Hadi yang juga Menteri Besar Terengganu ketika PAS mentadbir Terengganu pada 1999 hingga 2004.

Menurutnya, pada waktu itu DAP memutuskan untuk keluar daripada Barisan Alternatif selepas Dun Terengganu meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di Terengganu.

“Masa itu pemimpin Pusat suruh dia berhenti (jadi pegawai menteri besar) tetapi dia letak jawatan dalam DAP dan selalu bercakap pasal hudud, itu bermakna dia faham.

“Kalau dulu dia pernah tidak ikut (DAP), sekarang pula ikut Pusat. Adakah dia lupa sejarah,” katanya.

Beliau turut memberitahu adalah lebih baik Chai Hing tidak memberi kenyataan mengenai arahan DAP Pusat untuk putuskan hubungan dengan Abdul Hadi sebelum ini bagi mengelak kekeruhan memandangkan Pas dan Abdul Hadi lebih sinonim di Terengganu.

“Beliau umpama ayah. Adakah kita sebagai anak mahu membiarkan orang lain menyakiti ayah kita.. dengan ayah mahu bermusuh tetapi dengan anak mahu berkawan pula,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana