Pak Lah masuk gelanggang... pertahan Najib kes Altantuya

Di sebalik desas-desus yang cuba dibangkitkan mengenai pembabitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shariibu, bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi pagi Jumaat 'masuk gelanggang' jawab tohmahan tersebut.
Dalam satu kenyataan media Tun Abdullah mengesahkan Najib tidak terbabit langsung dalam kes pembunuhan tersebut.

Pengesahan Abdullah atau lebih mesra dipanggil Pak Lah itu penting memandangkan kejadian tersebut berlaku di zaman beliau menjadi pemimpin nombor satu negara.

 "Antara perkara yang dilapor kepada saya ketika saya menjawat jawatan Perdana Menteri ialah hasil siasatan kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shariibu. Hasil siasatan rapi dan terperinci yang dibuat oleh PDRM dalam kes ini yang disampaikan kepada saya pada waktu itu mengesahkan Datuk Seri Najib Razak tidak terbabit langsung dalam kes berkenaan," katanya menerusi kenyataan dua perenggan itu dikeluarkan pejabat Abdullah di Putrajaya.

Altantuya dibunuh pada 18 Oktober 2006 dan mayatnya ditemui di dalam hutan berhampiran Puncak Alam, Shah Alam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana