Padan Mukanya....Mahkamah denda 11 perserta BERSIH 1.0 RM8,000 seorang

KUALA LUMPUR: Seramai 11 peserta perhimpunan Bersih 1.0 didenda sebanyak RM8,000 setiap seorang oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan melanggar arahan polis untuk bersurai dalam perhimpunan itu pada 2007.

Hakim Mahkamah Tinggi Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan mereka.

Sementara itu, Amelia mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung tuduhan sama.

Dalam prosiding sebentar tadi juga, Mahkamah mengetepikan sabitan terhadap bekas Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan selepas membenarkan rayuannya yang turut didakwa dengan pertuduhan sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana