Orang Sudah Naik Menyampah Dengan Nizar ....Nizar Jamaluddin 'ditunjukkan jalan keluar' dari PAS

Bekas Menteri Besar PAS Perak Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin menyertai beberapa lagi pemimpin yang condong kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ditunjukkan 'jalan keluar' dari parti Islam itu.
Setelah tujuh penggal menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Nizar terpaksa akur apabila pengundian barisan kepemimpinan baharu tidak lagi memihak kepadanya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu tewas kepada pencabarnya, Mohd. Sofian Rejab yang memegang jawatan sebagai Ketua Urusan Ulama Pas Kawasan Kampar sejak 2011.

Pengerusi Tetap, Sulaiman Hamzah ketika mengumumkan keputusan pengundian tersebut pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kampar di Kampung Tersusun Malim Nawar bagaimanapun, tidak menyebut jumlah keseluruhan undi yang diperoleh.

Namun difahamkan Nizar kalah teruk di situ.

Jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar pula dimenangi oleh Ketua Pemudanya, Anuar Moratmanakala  Azmi Abdul Hamid yang berjaya mengekalkan Naib Yang Dipertua PAS Kampar.

Dalam pada itu, Sofian ketika ditemui berkata, beliau berikrar untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dalam menarik lebih banyak sokongan masyarakat setempat untuk memperkukuh jentera parti di Kampar.

“Saya bukanlah yang terbaik, namun, selagi kita menganjur dan memperkembang syariat Islam, insya-Allah, semuanya akan berlangsung seperti yang diinginkan,” katanya.

Dewan Ulama PAS Negeri baru-baru ini dilaporkan telah hilang kepercayaan terhadap Nizar ekoran kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh ADUN Changkat Jering itu bersama-sama Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming dan Naib Pengerusi PKR Perak, Laksamana (B) Imran Hamid, berhubung isu hudud.

Kenyataan bersama itu antara lain memetik Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan adalah di luar dasar bersama dan wajar dibincang serta perlu mendapat persetujuan Majlis Presiden pakatan pembangkang.

Kekalahan Nizar itu menyaksikan golongan ulama terus mendapat kepercayaan ahli parti apabila beberapa kawasan PAS seperti Tambun, Parit, Kuala Kangsar dan Bagan Serai yang turut menganjurkan mesyuarat sama pada hari ini memilih Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus menerajui saf kepemimpinan parti Islam itu.

Selain itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menjadi pilihan untuk dicalonkan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden oleh keempat-keempat kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan PAS Kawasan Kuala Langat dan Sabak Bernam di Selangor menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengekalkan jawatannya sebagai presiden parti itu pada pemilihan PAS, Jun depan.

Kedua-dua kawasan itu turut mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Timbalan Presiden dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang berlangsung hari ini.

Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Langat Datuk Dr Ahmad Yunus Khairi berkata, Abdul Hadi dilihat calon yang layak dan disebabkan faktor itu beliau masih diberi kepercayaan penuh untuk memimpin parti.

"Kawasan Kuala Langat masih lagi mahu mengekalkan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi sebagai presiden apabila sebulat suara memilih beliau dalam mesyuarat hari ini," katanya.

PAS Kawasan Kuala Langat turut menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad sebagai calon naib presiden dan dua calon lain iaitu Idris Ahmad dan Nasarudin Hassan Tantawi.

Sementara itu, PAS kawasan Sabak Bernam mencalonkan Sallehuddin Ayub untuk terus kekal sebagai naib presiden parti.

Yang Dipertua PAS kawasan Sabak Bernam Sallehen Mukhyi berkata selain Sallehuddin calon lain yang diundi ialah Iskandar dan Nasarudin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana