Nak guna jentera PAS di Permatang Pauh... minta maaf pada Hadi dulu

PKR yang nampak gempar tapi tidak ada jentera terlatih kini terpukul lagi selepas Pemuda PAS Pulau Pinang menetapkan syarat khas untuk parti berkaitan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menggunakan jentera PAS semua peringkat dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang yang pernah mengadakan sidang akhbar mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur daripada parti itu mengadakan sidang media ulangan untuk meminta maaf atas keterlanjuran tersebut.

Ketua Pemuda PAS pulau Pinang Mohd. Yusni Mat Piah berkata, permohonan maaf menerusi sidang akhbar itu perlu dibuat segera sekiranya AMK negeri berhasrat menggunakan jentera Pas dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Menurut beliau, ahli-ahli Pemuda PAS negeri masih ‘terasa hati’ dengan kenyataan AMK negeri itu sekali gus berasa tidak selesa untuk meneruskan kerjasama.

Malah, beliau turut menegaskan, ahli-ahli Pemuda PAS negeri juga tidak selesa untuk bekerjasama dengan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) negeri dalam program di bawah pembangkang sepanjang kempen PRK tersebut yang sebelum ini bertindak memutuskan kerjasama dengan mereka.

“Sekiranya mahu menggunakan jentera kami di semua peringkat, kita mahu AMK memohon maaf terlebih dahulu.

“Jika tidak, kita ahli-ahli Pemuda PAS negeri akan tengok sahajalah (kempen AMK negeri),” katanya.

Sebelum ini Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu beliau akan mengetuai jentera PAS di Permatang Pauh.

Mat Sabu merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau pinang tetapi tidak mempunyai 'grip' terhadap PAS kawasan-kawasan di negeri itu yang pro kepada ulama.

Buktinya, PAS Batu Kawan jiran sebelah Permatang Pauh yang bermesyuarat baru-baru ini langsung tidak mencalonkan Mat Sabu ke mana-mana jawatan. Seseuatu yang ganjil jika ambil kira beliau ketua parti di peringkat negeri.

Berkaitan masalah antara Pemuda PAS Pulau Pinang dan AMK pula, ianya berpunca daripada tindakan Timbalan Ketua AMK negeri, Khairil Anuar Kamaruddin sebelum ini dengan lantang meminta Abdul Hadi meninggalkan PAS kerana didakwa menjadi liabiliti kepada usaha mengukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra UMNO’.

Malah, Khairil Anuar turut melahirkan rasa kesal dengan sikap berdolak-dalik Abdul Hadi yang enggan menyatakan pendirian sebenar berhubung isu kerajaan perpaduan PAS-UMNO yang kembali dibangkitkan.

Selain itu, Ketua Dapsy negeri, Ng Wei Aik sebelum ini juga mengambil pendirian sama dengan Dapsy Kebangsaan untuk membekukan segala hubungan kerjasama dengan Pemuda PAS negeri.

Menurut Wei Aik, keputusan itu pendekatan terbaik bagi me­nunjukkan sikap DAP yang tidak dapat berkompromi dengan Kerajaan PAS Kelantan yang membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) sebelum mendapat persetujuan daripada pemimpin pembangkang.

Dalam pada itu, ditanya berkenaan pergerakan jentera Pemuda PAS negeri setakat ini, Mohd. Yusni berkata, pihaknya sudah menerima arahan daripada PAS negeri dan hanya akan bergerak mengikut arahan tersebut.

Bagaimanapun, tambah beliau, jentera Pemuda PAS negeri akan memberi tumpuan kepada usaha menjelaskan mengenai pelaksanaan hukum hudud selain bertumpu di kawasan PAS iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

“Di peringkat Pemuda PAS negeri sendiri kita belum membuat sebarang keputusan, malah di peringkat Pemuda pembangkang negeri sendiri pun tidak ada ketetapan sebab AMK negeri tidak menghubungi kita untuk bermesyuarat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana