Najib Sebak : 'Kehilangan Paling Besar dalam Kehidupan Saya'

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian Tan Sri Jamaluddin Jarjis memberi kesan yang amat besar buat dirinya.

Najib yang kelihatan sebak berkata, pemergian sahabatnya itu satu kehilangan yang amat besar buat diri dan keluarganya memandangkan Jamaluddin adalah kenalan sejak zaman universiti lagi selain amat rapat dari segi sejarah perjuangan dan kerjaya politik.

"Tragedi ini membawa kehilangan dua orang yang begitu besar sumbangannya kepada kerajaan, parti dan negara.

"Saya anggap Tan Sri Jamaluddin Jarjis seorang yang berkebolehan tinggi, banyak jasanya kepada kerajaan, parti dan negara.

"Ramai kenalannya di dalam dan luar negara," katanya katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi nahas di Kampung Sungai Pening, Semenyih di sini malam tadi.

Beliau menjelaskan, Jamaluddin yang pernah bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat turut berjaya mengukuhkan hubungan diplomatik kedua-dua buah negara.

Malah katanya, Jamaluddin tetap menunjukkan rasa komited dalam membantu beliau memberikan nasihat dan pandangan walaupun tidak lagi memegang jawatan tersebut..

 "Jamaluddin telah memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat," kata Najib sambil menambah kata

"Oleh itu kehilangan beliau adalah satu tragedi besar buat saya dan saya amat sedih atas apa yang berlaku," ujarnya.

Bercakap tentang Azlin yang disifatkan sebagai 'Chief of Staff' di Pejabat Perdana Menteri, Najib berkata, pegawainya itu berperanan menentukan pelbagai perkara penting dalam hal-ehwal pejabat itu.

Jelasnya, Azlin secara peribadi telah bersetuju meninggalkan kerjayanya dalam bidang korporat demi berkhidmat untuk negara.

"Beliau telah bekerja dengan penuh dedikasi, amanah dan disenangi semua pihak, ketiadaan beliau satu kehilangan besar.

Nahas helikopter terhempas  di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, di sini petang semalam itu turut meragut nyawa ahli perniagaan dari Kedah, Datuk Robert Tan, pembantu juruterbang, Ajdiana Baiziera dan pengawal peribadi Jamaluddin, Mohd Raskan Seran dari Sabah,

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana