Najib manusia biasa, tidak terlepas buat silap...Banyak Tuduhan Liar Dilontar Fitnah Oleh PR

SEREMBAN - Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata, penjelasan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sebuah saluran televisyen tempatan malam tadi, telah dapat mematahkan segala kritikan dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
 
Beliau berkata, penjelasan itu membuktikan Najib bertanggungjawab ke atas tugas yang diamanahkan kepadanya sebagai Perdana Menteri.
 
"Penjelasan itu membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyembunyikan apa-apa berikutan kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap beliau (Najib) berhubung beberapa isu baru-baru ini.
 
"Saya melihat Najib berani ke hadapan memberi penjelasan terhadap kritikan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Saya harap rakyat faham kedudukan sebenar perkara yang berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
 
Syed Ibrahim berkata, rakyat telah memilih Najib sebagai Perdana Menteri dan biarlah beliau melaksanakan tugasnya.

"Sebagai manusia biasa, Najib tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Bukan mudah untuk mentadbir sebuah negara. Berpuas hatilah dengan kestabilan ekonomi dan keharmonian ini. Sama-sama kita jaga negara tercinta ini.
 
"Pencapaian Malaysia di bawah kepimpinan Najib selama ini membuktikan bahawa kerajaan BN menepati setiap janji kepada rakyat. Saya menyeru kepada semua agar berbangga dengan setiap pencapaian yang telah kita kecapi selama ini," katanya.
 
Syed Ibrahim berkata, Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri seharusnya memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada Najib dalam mentadbir negara ini.
 
"Kalau ada yang tidak kena, Dr Mahathir dan Najib boleh duduk semeja dan berbincang bersama dalam semangat persaudaraan Islam," katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana