Muhyiddin Ingatkan Peneroka FELDA Jangan Terpengaruh Dakyah Pembangkang

ROMPIN 26 April - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peneroka FELDA supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa kerajaan gagal mempertahankan hak mereka.

Beliau menyifatkan tuduhan pembangkang itu tidak berasas dan hanya bertujuan meraih simpati politik dalam kalangan pengundi masyarakat FELDA kawasan Parlimen Rompin.

"Mereka nak raih simpati politik dengan buat tuduhan tak berasas bahawa kerajaan gagal dan tidak pertahankan hak milik peneroka menyebabkan masyarakat FELDA kerugian.

"Ini tuduhan politik melampau dan malangnya dilakukan oleh anak peneroka FELDA yang termakan dengan dakyah tersebut," kata Muhyiddin ketika merasmikan Dewan Semai Bakti Felda Keratong di Rompin, Ahad.

Hadir sama di majlis itu Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan calon BN, Datuk Hasan Arifin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, memberi jaminan bahawa selagi BN berkuasa, nasib peneroka FELDA akan terus terjamin dan diberi pembelaan sewajarnya dalam soal pembangunan, pendidikan dan ekonomi.

"FELDA sejarahnya bermula sewaktu Almarhum Tun Abdul Razak Hussein hendak membantu rakyat atasi masalah kemiskinan dan salah satu pendekatan yang diambil ialah pengagihan kawasan tanah yang boleh dimajukan supaya peserta dapat jaminan masa depan lebih sempurna.

"Namun ia sudah menjadi sejarah, kini banyak kawasan FELDA jadi pusat pertumbuhan baharu dengan kehidupan lebih baik jika dibandingkan masa mula-mula ia dibangunkan (dahulu)," katanya.

Muhyiddin berkata bermula dengan rumah kayu, rumah peneroka FELDA kini bertambah baik dengan pembinaan rumah batu.

"Rumah dahulu mungkin sebilik dua, namun kini semakin bertambah dan apabila Hari Raya kita lihat banyak kenderaan di hadapan rumah. Ini menunjukkan masyarakat peneroka menikmati banyak kemudahan dan hidup dengan selesa," katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana