MENARIK...Drama peguam Anwar 'buat-buat bodoh' tak faham keputusan YDP Agong tolak rayuan liwat

Semua orang sudah tahu bahawa Lembaga Pengampunan rasmi tolak permohonan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pengampunan dari Yang Dipertuan Agong mengenai kes liwatnya.
Ini secara langsung bermakna kerusi beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kosong.

Namun apa yang lebih menarik ialah ' drama' di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Selasa dimana secara rasmi diberitahu adanya surat dari Lembaga Pengampunan menolak permohonan itu.

Prosiding itu ialah berkaitan permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh peguam Anwar nak lawan keputusan Jabatan Penjara Malaysia yang tidak benarkan Ketua Umum PKR itu hadir sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang.

Peguam Anwar failkan permohonan semakan kehakiman itu pada 18 Mac lalu.

Permohonan itu asalnya patut didengar Jumaat lalu.Namun ia ditangguhkan sementara dapat pengesahan mengenai adanya surat Lembaga Pengampunan tolak permohonan pengampunan dari keluarga Anwar.

Ini kerana dengan adanya surat rasmi Lembaga Pengampunan itu maka permohonan semakan kehakiman sudah tidak relevan...kerana apabila permohonan ditolak secara langsung bermakna kerusi Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kosong.

Jika sudah begitu apa perlunya lagi untuk bicara semakan kehakiman itu kerana Anwar nanti bukan lagi Ahli Parlimen.Jadi soal nak hadir sidang Parlimen sudah tidak timbul.

Sebenarnya adanya surat Lembaga Pengampunan dalam bentuk affidavit kes sudah diberitahu oleh Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Penjara di mahkamah Jumaat lalu.

Amarjeet memberitahu mahkamah dalam kamar hakim hari ini bahawa surat dari Lembaga Pengampunan tolak itu bertarikh 16 Mac lalu.Katanya Yang Dipertuan Agong sendiri hadir dalam mesyuarat lembaga berkenaan pada hari itu.

Setelah mendengar ini Hakim Datuk Asmabi Mohamad terus menolak permohonan semakan kehakiman.

Kata Amarjeet selepas hakim buat keputusan itu memandangkan soal hilang kelayakan Ahli Parlimen berkuatkuasa bawah Artikel 48 (4) Perlembagaan Persekutuan maka pemohon ( Anwar) hilang kelayakan itu dan semakan kehakiman tidak perlu diteruskan.

Para peguam Anwar tidak puashati dan pertikai surat Lembaga Pengampunan dalam affidavit.

Salah seorang, Lateefa Koya kata setakat ini Anwar maupun keluarganya sendiri belum terima surat dari Istana.

Dakwanya sepatutnya Yang Dipertuan Agong tulis sendiri surat kepada keluarga Anwar memberitahu keputusan yang dibuat keatas permohonan mereka.

Katanya macam mana nak pastikan surat Lembaga Pengampunan itu benar-benar keputusan Yang Dipertuan Agong.

Ini mendorong salah seorang wartawan bertanya balik bukankah tidak lojik kalau Lembaga Pengampunan memandai-mandai buat keputusan cukup penting itu tanpa restu Yang Dipertuan Agong.

Lateefa jawab dan dakwa sekarang ini macam-macam benda tidak lojik boleh berlaku.

Kalangan wartawan hanya golek kepala melihat sampai ketahap itu peguam Anwar nak pusing satu dokumen rasmi yang dikemukakan oleh Lembaga Pengampunan kepada mahkamah.

Malah Amarjeet sendiri sudah mengesahkan Yang Dipertuan Agong sendiri hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan 16 Mac semasa keputusan tolak dibuat.

Seolah nampak macam buat-buat bodoh...Lateefa juga persoal guna alasan bahawa dalam surat Lembaga Pengampunan hanya sebut HUKUMAN DITERUSKAN....tapi tak sebut TOLAK.

Bukankah 'hukuman diteruskan' dalam bahasa mudah bermaksud pesalah kena terus jalani hukuman yang dikenakan.

Menurut Lateefa beliau tidak faham maksud ' hukuman diteruskan'.Dakwanya ia tidak bermakna pengampunan ditolak.

Katanya surat itu juga tidak beri sebab pengampunan ditolak.

Beliau juga dakwa kerusi Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh belum kosong kerana Speaker Dewan Rakyat belum dapat surat dan umumkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana