MB Selangor Sound PDRM...Inikah Dipanggil MB?

Malu lah seorang MB begini rupa...Habis dicampur Politik dan undang undang Negara.Jika berlaku kesalahan tak akan nak SOUND pihak berkuasa plak.Inilah dikatakan akal letak dikepala lutut.

Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor itu berkata, PKR akan menuntut Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid agar bertanggungjawab atas tindakan anggota polis yang menyerbu pejabat PKR.

Menurut Azmin, tindakan polis itu telah melanggar perlembagaan dan merupakan satu penyalahgunaan kuasa.

"Ia tindakan tidak mengikut perlembagaan dan satu penyalahgunaan kuasa dan merupakan serangan keatas pembangkang secara umum.

"Ini samalah seperti menghina hak perlembagaan dan kebebasan rakyat dan menjejaskan kedaulatan undang-undang," kata Azmin.

Azmin turut memberi amaran sekali lagi kepada pihak polis, agar polis terus berhenti dari mengganggu dan membebaskan peserta yang terlibat dengan perhimpunan #Kitalawan.

Azmin berkata, peserta #Kitalawan juga terdiri dari wakil rakyat kerana mereka ini mahu bersama-sama rakyat dalam perhimpunan itu.

"Mereka terikat dengan sumpah jawatan mereka sebagai wakil rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Kami menuntut polis menghentikan serta-merta gangguan dan tindakan angkuh ini," katanya yang merujuk kepada penangkapan peserta perhimpunan #Kitalawan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana