MB Perak 'lipat' Pakatan dalam seloka...

Sepanjang sidang DUN Perak selama lima hari yang berakhir Isnin, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir disindir dan dikecam serta dituduh menggunakan isu Istana untuk kepentingan politik peribadi.
Namun seperti biasa beliau memilih “mendiamkan” diri dari terjebak dengan isu-isu kontroversi.

Soalan-soalan yang dikemukakan sama ada bertulis atau lisan yang dikemukakan wakil-wakil rakyat dari kedua-dua belah pihak dijawab secara profesional.

Terdapat sedikit kejutan apabila Dr.Zambry memilih cara baik dari cara kasar bagi mendepani puak pembangkang kali ini. Beliau menggunakan seloka untuk 'melipat' sikap dan kebiadapan serta ketidakrasionalan mereka.

Pendak kata dapat kita saksikan dengan jelas  kebanyakan jawapannya bersandarkan fakta berasaskan soalan asal.

Jika ia mengenai ketirisan hasil negeri, beliau berikan angka menyokong jawapan. Begitu juga mengenai banyak perkara menyentoh soal-soal pentadbiran dan isu-isu seperti amalan tender.

Pembangkang yang sejak hari pertama kurang senang dengan Menteri Besar cuba mencari “pasal” dengan menuduh Dr.Zambry memainkan isu  istana untuk memburuk-burukkan pihak lawan.

Konon dakwaan baginda, merujuk kepada Sultan Perak, “murka” adalah tafsiran Menteri Besar sendiri bukannya dinyatakan oleh baginda.

Kritikan mereka merujuk kepada kelakuan  biadap 26 ADUN pembangkang yang memakai pakaian serba hitam (bukan pakaian rasmi) semasa menghadiri istiadat pembukaan DUN ke13 dimana Sultan Perak Sultan Nazrik Muizzuddin Shah, berangkat buat pertama kali sebagai Sultan Perak, mencemar duli merasmikannya.

Kekeciwaan baginda dizahirkan apabila baginda berangkat pulang dengan tidak turut menghadiri majlis santapan. Baginda juga mengambil keputusan tidak bergambar dengan semua wakil-wakil rakyat seperti kelaziman setelah selesai majis pembukaan.

Menteri Besar mentafsirkan bahawa baginda murka dengan kelakuan wakil-wakil rakyat pembangkang. Beliau turut memberikan justifikasi. Kenyataan Dr.Zambry dibuat apabila diminta mengulas isu ini oleh para wartawan.

Katanya:” "Saya terkejut dengan soalan mereka bertanya apakah tuanku benar-benar murka ataupun tidak, saya nak jawablah, tuanku murka lah, senang saya cerita. Sebab kalau tidak, dalam soalan Dewan tadi kata, tuanku tidak murka langsung."

Kecewa dengan sikap pembangkang terus spin isu ini, Dr.Zambry mengambil keputusan menjawab semua tuduhan ketika mengulung perbahasan titah ucapan Sultan Perak pada hari Selasa minggu lepas di hari akhir persidangan Isnin.

Beliau menolak dakwaan pembangkang beliau bermain sentimen raja “tetapi hendak menyampaikan perasaan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang murka di atas perbuatan anggota pembangkang yang berpakaian hitam sempena pembukaan”

Dr.Zambry juga menafikan menggunakan nama Sultan “tetapi hendak menyampaikan perasaan baginda yang datang dalam keadaan seronok tiba-tiba bertukar duka apabila melihat anggota-anggota pembangkang berpakaian hitam.”

Beliau yang juga ADUN Pangkor membidas pembangkang kerana masih mempertahankan tindakan mereka atas empat perkara termasuk atas dasar solidariti kerana pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isu GST.

"Saya sedih melihat YB sekelian tidak langsung menunjukkan rasa hormat kepada seorang raja," katanya.

Beliau mengingatkan dewan agar perkara pemakaian pakaian serba hitam sewaktu tuanku mencemar duli merasmikan istiadat sidang DUN tidak diulangi dimasa-masa hadapan.

Seperti disebut diatas kritikan pembangkang terhadapnya tidak dilakukan secara berpantun. Namun bagi Dr.Zambry mereka harus tepuk dada tanya selera.

Katanya seloka seloka Nga Kor Ming (DAP) pada perbahasan  mengenai kehancuran BN semacam ada simbiosis ritual politik antara DAP dan PAS.

"Kepayang melaungkan slogan hancurkan BN dan dan sekutunya menadah tangan berdoa BN dihancurkan, seruan menghancurkan ini saya kira ajaran baru yang dibawa pakatan," katanya.

Namun Dr.Zambry mengajar tokoh DAP itu tentang seloka serta “doa” yang dibuatnya juga dengan menggunakan seloka bertajuk Pejuang dibawa saraf fitnah seperti berikut::

Benda yang baik dikata salah
Mimpi berkuasa mimpi kita hilang
Namun BN Dikasihi Allah
Hancur BN Tempik Kepayang
Tukar kerajaan kerana hasad
Rahmat Allah BN menang
Petanda bakti dinikmati rakyat
Lama mengidam untuk berkuasa
Dendam dan hasad ditanam subur
Tidur sebantal, mimpi berbeza Petanda pakatan akan lebur
Pepatah Melayu banyak yang masyhur
Antaranya nasi menjadi bubur
Insya Allah bukan BN yang bakal hancur
Rasanya pakatan yang bakal terkubur

Selesai seloka, kedengaran bunyi tepukan meja (amalan dalam dewan sebagai sokongan) dari wakil-wakil rakyat BN manakala dipihak pembangkang ada yang tersenyum sinis.

Diawal pagi sebaik sidang hari terakhir DUN bermula, Dr.Zambry ketika menjawab soalan wakil BN berkata seramai enam orang dari negeri ini dikenalpasti menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

Namun ia tidak boleh dikategorikan sebagai serius walaupun terdapat dakwaan ia mewakili 20 peratus dari 70 rakyat Malaysia menyertai IS ketika ini.

"Mereka yang menyertai IS adalah golongan yang mudah terpengaruh dengan ideologi jihad sama ada yang dibaca menerusi media sosial atau melalui pemahaman daripada rakan sebaya," katanya.

Sementara itu Dr.Zambry juga menjelaskan pemberian kawasan mineral kepada Perbadanan Menteri Besar atau ringkasnya MB Inc. bagi  memastikan hasil negeri bertambah.”Ia  bukannya untuk diberi kepada kroni”.

Agensi ini  bertanggungjawab menguruskan sumber mineral dan juga pasir bagi memastikan tidak berlaku ketirisan.

"Berkali-kali saya telah menyebut bahawa pendekatan kerajaan negeri melalui MB Inc adalah untuk memastikan hasil negeri kita bertambah dan bukan untuk memberi kepada kroni," katanya.

Kajian dilakukan bagi mencari model yang terbaik bagi menambah hasil. Justeru dengan  pendekatan mengaktifkan semula MB Inc,. jalan terbaik.

Malah katanya setiap negeri mempunyai Perbadanan Menteri Besar masing-masing, contohnya Perbadanan MB Selangor.

Menerusi beberapa pendekatan  MB Inc berjaya menambah hasil negeri daripada RM7.6 juta sebelum ini, meningkat kepada RM8.1 juta.

Beliau memuji usaha  MB Inc, berhubung penggunaan tanah liat di Trong. Dulu hasil kepada negeri hanya RM40,000 setahun tetapi melalui pendekatan baru, hasilnya meningkat kepada RM40,000 sebulan secara purata.

Mengenai tender terbuka, Dr Zambry berkata,:"Jadi membuat tuduhan seolah-olah kita tidak mengamalkan 'open tender' dan sebagainya adalah tidak benar dan kita perlu mengambil beberapa pendekatan yang lebih bagi menambahkan hasil negeri.Sistem tender terbuka terdedah kepada kemungkinan harga yang mereka tawarkan lebih rendah daripada yang sepatutnya. Contohnya ketika tender terbuka dilaksanakan untuk kawasan pembalakan, harga yang ditawarkan lebih rendah daripada anggaran Jabatan Perhutanan."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana