Mat Sabu ditolak Pas Batu Kawan....Itu Kawasan Negeri Mat Sabu...Tanda Tanda Awal Lah Tu

PULAU PINANG 10 April – Ahli-ahli Pas Batu Kawan di sini, dilihat seolah-olah menentang Pesuruhjaya Pas negeri sendiri, Mohamad Sabu atau Mat Sabu selepas langsung tidak mencalonkan namanya untuk jawatan tertinggi Pas Pusat dalam pemilihan Jun ini.

Dalam mesyuarat Pas kawasan itu yang diadakan semalam, Pas Batu Kawan mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengekalkan jawatan Presiden parti.

Pas kawasan itu juga mencalonkan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden, sekali gus menentang Mat Sabu yang merupakan penyandang.

Seperti dipetik menerusi laman sosial Facebook Pas kawasan itu yang turut memuatkan nama Yang Dipertua Pas Batu Kawan, Zulkhairi Ismail, tiga nama lain yang terdiri daripada golongan ulama dicalonkan bagi merebut jawatan Naib Presiden.

Mereka ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasarudin Hassan dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana