Masa Pas balas 
budi BN di Rompin?

INI masanya Pas untuk ‘membalas budi’ Barisan Nasional (BN) dengan tidak meletakkan calon di kerusi Parlimen Rompin.

Allahyarham Jamaludin Jarjis

Sosek sosek ini begitu hangat diperkatakan setelah BN tidak menyaingi Pas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan tempoh hari.

Lagipun dengan majoriti besar 15,114 undi yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dalam PRU-13 lalu, agak mustahil untuk Pas merampas kembali Rompin yang dikuasai wakil rakyat UMNO sejak 23 tahun lalu. Bahkan, Allahyarham Jamaluddin amat disenangi pengundi kerana banyak membantu serta menyumbang bakti kepada rakyat.

Tambahan lagi, UMNO Bahagian Rompin yang kini dipangku oleh timbalan ketuanya, Datuk Hassan Ariffin yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Pahang tentu sekali tidak akan membiarkan pembangkang mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian yang dikecapi penduduk Rompin selama ini.

Sama seperti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendominasi DUN Chempaka berpenggal-penggal lamanya, BN bukan tandingan Pas di Rompin. Untuk sebab kekosongan dua kerusi inipun kerana kematian wakil rak­yatnya.

Pas pernah tidak menurunkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam, Raub pada 2007.

Alasan yang diberikan Pas ketika itu kerana ‘memboikotnya’ walaupun perkara sebenar kerana tidak berani bersaing selain menghormati kematian ADUN yang telah meninggal dunia. Jadi, tak salah jika Pas berbuat perkara sama, kali ini di Rompin.

Cuma, kalau Pas tidak meletakkan calon di Rompin, apakah ahli dan jentera parti Islam itu akan turun padang membantu kempen pakatan pembangkang di kerusi Parlimen Permatang Pauh?

Pilihan raya kecil Permatang Pauh itu berlangsung selang sehari, iaitu 7 Mei selepas PRK Rompin, 5 Mei.

Dengan ketegangan politik dalaman antara Pas dan rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang menentang pelaksanaan hudud, apakah Pas masih akan membiarkan parti mereka disepak terajang macam bola ke sana, ke sini?

Tentu sekali ahli Pas tidak wajar membiarkan diri mereka dipergunakan lagi untuk mencapai matlamat politik pakatan pembangkang semata-mata,

DAP dan PKR hanya mahu mempergunakan Pas untuk mencapai matlamat politik.

Setelah menang, mereka menghina lagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana