Mari Baca Sikit TEntang .....GST Bantu Banteras Aktiviti Pasaran Gelap

KUALA LUMPUR 31 Mac - Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai esok adalah satu daripada cara untuk membanteras kewujudan aktiviti pasaran gelap.

Di bawah GST, hanya peniaga yang mempunyai rekod jualan dan pembelian yang dikemas kini sahaja layak untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti menuntut cukai input dan membuat pinjaman bank.

Jika sudah mendaftar GST tetapi membeli daripada pasaran gelap, mereka bukan sahaja tidak layak menuntut apa-apa cukai input tetapi turut meningkatkan kos perniagaan.

Di bawah GST, transaksi semua jualan dan belian mestilah direkodkan dan penyimpanan invois dan resit sangat penting.

Hakikatnya, GST membantu peniaga memperbaiki sistem rekod penjualan dan pembelian agar lebih efisien.

Ini dapat memudahkan mereka mengenal pasti kos sebenar yang ditanggung dan keuntungan sebenar yang diperoleh.

Dakwaan GST mengurangkan kuasa beli rakyat, adalah tidak benar kerana majoriti barang makanan asas dan perkhidmatan kritikal tidak dikenakan GST.

GST yang ditetapkan hanya pada kadar enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang kadar keseluruhan 16 peratus, adalah rendah.

Tambahan lagi, peniaga yang telah berdaftar di bawah GST layak menuntut balik cukai input yang dibayar.

Ini dapat mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan dan mengimbangi harga barang dan perkhidmatan di pasaran.

Selain itu, kerajaan telah menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.

Kerajaan juga telah memberi rebat cukai pendapatan sebanyak satu hingga tiga peratus kepada golongan berpendapatan sederhana dan tinggi.

Sementara itu, pengenalan GST pada kadar enam peratus merupakan antara yang terendah di dunia untuk memastikan ia memberi impak minimum kepada rakyat.

Kadar berkenaan juga mengambil kira kutipan hasil di bawah cukai jualan dan perkhidmatan serta pelbagai bantuan yang perlu disalurkan kepada rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana