Mananya Duit Peruntukkan!!!! Sehingga Perabot Ketua AMK Cabang Jelutong disita

Georgetown: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, menyita perabot rumah bernilai RM12,000 milik Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamaruddin, 33. di rumahnya di Jalan Kota Giam, Jelutong, pagi tadi.

Tindakan Mahkamah Tinggi itu berikutan kegagalan Khairil Anuar, mematuhi perintah mahkamah membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah selepas kalah dalam satu kes saman fitnah tiga tahun lalu.

Peguam Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata, tindakan itu diambil selepas defendan gagal mematuhi arahan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk G V Varughese pada 27 September 2012 untuk membayar ganti rugi kepada plantif.

"Pihak mahkamah sudah menyerahkan writ sitaan dan jualan bagi menyita barang milik defendan dan beliau diberi masa 14 hari untuk menyelesaikan tuntutan ganti rugi terbabit.
"Barangan dianggarkan kira-kira RM12,000 sudah dinilai dan pihak difenden mempunyai masa dua minggu untuk menyelesaikan bayaran mengikut ketetapan mahkamah," katanya.

Selain Khairil Anuar, dua lagi pimpinan bekas PKR iaitu Ketua Wanita negeri, Norhayati Jaafar dan bekas Timbalan Ketua Cabang Bukit Mertajam, Jab Samad turut diarahkan membayar ganti rugi RM30,000 setiap seorang kepada Aminah.

Aminah mengambil tindakan saman kepada semua difendan itu berikutan satu kenyataan yang disiar dalam akhbar parti Pas, Harakah yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana