Mana Nak Cari Seperti Kerajaan Malaysia Ni.....156 rakyat Malaysia di Yaman pulang hari ini

KUALA LUMPUR: Sejumlah 156 rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Yaman kelmarin berikutan pergolakan di negara itu, dijangka berlepas pulang ke tanah air mulai esok.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata pihaknya telah memulakan usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara bergolak itu.

"Semalam seramai 156 orang rakyat Malaysia, tujuh rakyat Thailand dan enam dari Singapura telah dibawa keluar bersama (oleh kerajaan) Malaysia. Filipina juga menyertai (usaha) Malaysia dengan 80 orang rakyat mereka ikut kita sampai ke Hudaidah.

"Dari Hudaidah mereka akan ikut program evakuasi kedutaan mereka," katanya dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas malam tadi.

Katanya, rakyat Malaysia itu kini dalam perjalanan ke Jeddah dan dijangka akan berlepas ke Kuala Lumpur mulai hari ini.

Semua pelajar terlibat adalah dari Sanaa, Hudaidah dan Zabit.

- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana