Makin ramai ke depan pertahankan kepimpinan parti dan negara

Di sebalik dakwaan itu ini terhadap pentadbiran Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, penerimaan terhadap Presiden UMNO itu dikalangan pemimpin parti, komponen dan pentadbiran kerajaan tidak goyang.
Barisan Nasional (BN) Sabah pada Selasa mengikrarkan 'taat setia' dan  tidak akan sesekali ‘berpaling’ daripada menyokong Perdana Menteri untuk terus mentadbir negara.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman yang melihat Najib merupakan pemimpin negara yang sentiasa memberi perhatian terbaik kepada negeri ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Menteri Sabah menegaskan, BN negeri sentiasa menyokong kepemimpinan Najib biarpun mendapat kritikan khususnya daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kita (BN Sabah) nak menegaskan, kita akan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN serta Presiden UMNO.

“Beliau (Najib) sentiasa memberi perhatian dan keutamaan yang terbaik untuk Sabah,” katanya dipetik dari Utusan.

Beliau mengulas tentang kritikan Dr. Mahathir yang menjelaskan UMNO dan BN akan kalah jika Najib menerajui parti dan pentadbiran kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Kelab Penyokong BN (BNBBC) menerusi Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menegaskan, kesemua Ahli Parlimen BN turut berdiri teguh di belakang Najib dan tidak bersetuju dengan kritikan terbuka Dr. Mahathir itu.

Sementara itu, MCA akan terus menyokong penuh kepemimpinan Najib dalam usaha kerajaan membangunkan negara pada masa depan.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya akan terus bersama-sama Najib dalam melakukan pelbagai transformasi untuk rakyat dan negara.

“Kita akan terus bersama-sama Perdana Menteri untuk fokus dalam pembangunan. Kita tidak mahu terganggu dengan semua serangan daripada mana-mana pihak.

“Oleh itu, MCA mahu terus bersama-sama Najib untuk membangunkan negara yang kita cintai. Kita mahu fokus kepada itu,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meminta Dr Mahathir menghentikan serangan terhadap Najib dan kerajaan kerana ia akan memberi persepsi buruk terhadap negara dari pandangan negara luar.

Menurutnya, beliau tidak mahu isu ini akan dijadikan modal untuk memperlekehkan pemimpin dan kerajaan Malaysia.

“Tambahan pula masyarakat Indonesia dan para pemimpinnya memberi penghormatan tinggi kepada rakyat dan pemimpin Malaysia. Ini terbukti apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo memilih Malaysia sebagai negara pertama dilawatinya, Februari lalu," katanya.

Zahrain berkata demikian kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jakarta pada Selasa sebagai mengulas kritikan Dr. Mahathir melalui blognya mengenai kepemimpinan Najib.

Menurutnya, serangan yang lebih bersifat peribadi itu hanya sekadar spekulasi dan tidak memberi sebarang manfaat kepada negara sebagai sebuah negara yang dihormati oleh kawan dan lawan.

“Apabila Dr. Mahathir menyerang Perdana Menteri, ia juga adalah serangan kepada sistem yang diwariskannya sejak 22 tahun lalu," tegasnya sambil menyifatkan Dr. Mahathir sebagai negarawan dihormati sepatuntya mendokong kepemimpinan Najib.

Menurut Zahrain lagi, serangan-serangan ini akan lebih menyulitkan pihak kerajaan untuk mentadbir negara dan dalam masa yang sama ia memberi modal kepada pihak pembangkang untuk memperlekehkan kerajaan.

Katanya, sebagai bekas aktivis politik, beliau tidak boleh berdiam diri dalam membicarakan isu-isu seperti ini yang boleh menggugat ketenteraman negarn dan mewujudkan salah tafsir dalam kalangan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana