Mahkamah Perintah Harakah Fail Pembelaan...Lain Kali Jangan Buat Fitnah Lagi...Jawablah

KUALA LUMPUR 20 April - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Harakah dan Harakahdaily memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman yang difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu dana 1MDB.

Penolong Kanan Pendaftar V. Vanita menetapkan sebelum 24 April ini untuk kedua-dua defendan memfailkan pernyataan pembelaan itu ketika kes berkenaan disebut di dalam kamarnya, hari ini.

Prosiding hari ini dihadiri peguam Nor Emilia Iszeham mewakili Najib selaku plaintif dan peguam Azhana Mohd Khairuddin mewakili defendan iaitu Pengarah
Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily Taufek Yahya.  

Ketika ditemui pemberita, Nor Emilia berkata Vanita juga menetapkan 8 Mei depan untuk Najib membalas pernyataan pembelaan itu dan 28 Mei pula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng.  

Pada 18 Mac lepas, Najib memfailkan saman itu selepas mendakwa artikel yang ditulis Rosli pada 19 Feb lalu bertajuk 'Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?(Bhg 2)' mengandungi perkataan fitnah yang merujuk kepadanya dengan niat jahat bahawa beliau telah menyalah guna dana milik 1MDB.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasinya telah terjejas dan dikecam dalam media sosial serta media massa dengan pelbagai tuduhan yang menghina dan mengaibkan.  

Najib turut mendakwa Taufek telah gagal mengamalkan prinsip 'responsible journalism' (kewartawanan bertanggungjawab) untuk mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulis dan gagal mengambil langkah mendapatkan sebarang penjelasan sebelum menerbitkan perkataan itu.

Perdana Menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya bagi meneruskan agenda defendan sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti isu yang dibangkitkan.  

Najib juga mendakwa bahawa pada 26 Feb lalu peguam yang mewakilinya telah menghantar notis tuntutan supaya defendan berhenti membuat kenyataan  berkenaan artikel fitnah itu dan membuat permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis serta menarik balik kenyataan berkenaan.  

Dalam saman itu, Najib menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta satu injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka menerbitkan semula artikel berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana