Mahfuz Kata KPN Penipu...Halo..Halo Tak Dengar lah

KUALA LUMPUR 6 Mac - Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menafikan dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan polis menghantar anggotanya untuk mendapatkan keterangan dari Koperal Suril Azhar Omar.

Menurut Mahfuz, Khalid berbohong kerana beliau sendiri telah menghubungi Sirul dan bekas anggota unit Tindakan Khas (UTK) itu memaklumkan kenyataan Khalid tidak benar.

"Saya anggap ini kenyataan bohong ketua polis negara, sangat menyentuh kredibiliti negara, akibat peribadi beliau yang sangat buruk apabila buat kenyataan bohong, satu dunia tahu.

"Ini bermakna, ketua polis negara lakukan pembohongan terhadap negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.

"Kelayakan sebagai ketua polis negara hilang, kenyataan bohong ini menjejaskan imej Malaysia,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana