Lim Kit Siang Tuduh Umno & PAS Sedang Rancang Kerajaan Perpaduan...Kalau Betul Apa SAlahnya?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini membuat tuduhan bahawa UMNO dan PAS telah menggunakan hudud untuk menjayakan cita-cita penubuhan Kerajaan Perpaduan (UG).

Kit Siang turut menuduh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan ketua plot konspirator kerajaan UG tersebut.

Menurut Siasahdaily, “UG” iaitu singkatan kepada ‘unity government‘ adalah simbol paling popular dalam kempen negatif terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bermula pada tahun 2009.

DAP telah memutuskan hubungan dengan Hadi pada Mesyuarat Tertinggi (CEC) parti itu pada 23 Mac lalu.

“Walaupun Najib boleh bergembira bahawa plot konspirator UG UMNO telah berjaya menyebabkan kerosakan serius kepada PR, dia harus ingat ancamannya kemudian bukan saja kepada BN tapi termasuk Persekutuan Malaysia.

“Najib tidak menyedari bahawa senjata hudud oleh komplot UG UMNO ini sebenarnya merupakan pedang bermata dua, yang bukan saja boleh merosakkan perpaduan dan solidariti PR dengan kejayaan untuk menarik sokongan PAS dengan menyokong pelaksanaannya di Kelantan, ia juga mengancam perpaduan serta survival BN termasuk Persekutuan Malaysia.

“Malah, plot konspirator UG UMNO mempunyai potensi bukan saja untuk memusnahkan kedua-dua belah pihak, BN dan PR, tapi kepada negara atau membawa penyusunan semula kuasa-kuasa politik di negara ini,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini, lapor Roketkini.

Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu menyebut kenyataan dari Kuching Ministers’ Fellowship (KMF), sebuah rangkaian pastor dan pemimpin gereja di Sarawak yang menyatakan bahawa hudud melanggar Perlembagaan Persekutuan, asas sekular yang dipersetujui Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ketika pembentukan Malaysia.

Menurutnya, Majlis Gereja Sabah bulan lalu juga telah mengecam cadangan hudud dengan menyatakan ia sebagai pengkhianatan amanah kepada Sabah ketika mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Sarawak dan Malaya.

Tiga hari lalu, lapor Roketkini, Organisasi Khidmat Masyarakat Sabah dan Sarawak yang mewakili 33 pertubuhan sivik menuntut satu rundingan semula Perlembagaan jika Kelantan bertegas untuk menguatkuasakannya.

“Najib perlu diingatkan bahawa konspirator UG UMNO tidak harus dibenarkan untuk terus bermain api kerana ia boleh menyebabkan bukan saja perpecahan PR, tapi termasuk BN dan Persekutuan Malaysia,” ulangnya lagi.

Tambahnya, beliau juga berharap Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang bakal dibawa Presiden PAS mengenai Kanun Jenayah Syariah berhubung pelaksanaan hudud tidak akan diperbahaskan dalam sidang Parlimen akan datang.

“Usul persendirian rang undang-undang Hadi tidak muncul untuk diperbahaskan di Parlimen (kali ini) dan ia akan mengalami nasib yang sama dalam sidang Mei nanti, melainkan jika Najib mahu melihat bukan saja perpecahan BN tapi Persekutuan Malaysia,” ujar Kit Siang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana