Lihatlah Geng ANWARINAS sudah Nyawa Nyawa Ikan....Itulah Tandanya Ahlinya Sudah Meluat

SHAH ALAM: Keputusan terkini pemilihan PAS di peringkat kawasan menyaksikan ahli-ahli parti itu terus menolak golongan profesional daripada terus mendahului golongan ulama.

Keputusan tersebut yang kini sudah mula tersebar di laman sosial Facebook mencerminkan ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi menggunakan peluang terbaik ini untuk menyingkir golongan yang dikatakan mahu menggulingkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi dilihat terus menguasai kerusi nombor satu PAS apabila mendapat undian tertinggi dengan jumlah undi terkini sebanyak 73.

Sementara, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hanya meraih tujuh undi sekaligus menterjermahkan ahli-ahli PAS terus wala kepada pimpinan ulama.

Bagi jawatan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula memperolehi 66 undi sementara Mohammad Sabu yang kini menjawat jawatan tersebut hanya mampu meraih sembilan undi ketinggalan jauh 57 undi.

Mohammad Sabu atau yang dikenali sebagai Mat Sabu juga sebelum ini dibangkitkan oleh ahli-ahli partinya antara dalang yang mahu menggulingkan presidennya sendiri.

Manakala bagi jawatan Naib Presiden PAS menyaksikan persaingan sengit di antara enam calon yang bertanding bagi merebut jawatan tersebut.

Untuk rekod, PAS menyediakan tiga jawatan bagi Naib Presiden.

Untuk jawatan tersebut, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berjaya memungut 48 undi tertinggi setakat keputusan terkinu dikeluarkan pada 19 April pemilihan di peringkat kawasan.

Pesaing-pesaingnya, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hanya memperoleh 28 undi dan diikuti rapat Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Lain-lain pesaing,  Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar hanya berjaya mengumpul 24 undi diikuti rapat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi dengan memperoleh 23 undi.

Pengurangan undi yang diperoleh beberapa calon profesional dilihat sebagai isyarat kepada golongan tersebut dan Anwarinas bahawa ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu golongan ulama terus kekal mengepalai parti Islam itu.

Manakala Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad memperoleh undi paling sedikit apabila hanya berjaya mendapat 15 undi.

Difahamkan jika tiada apa-apa halangan, pemilihan PAS di peringkat kawasan akan berakhir sebelum 30 April ini, sementara pemilihan terakhir pimpinan parti akan diadakan pada Jun ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana