Lebai Sudin Ni.....Perlu Mohon Maaf Kepada Mukhriz..Bagilah Peluang Berfikir Kepada Mukriz Dulu..

Bagi Admin bukan senang nak buat keputusan dalam Hal ini...Mukriz Ayahnya Tun...Najib adalah Presiden Partinya.Bagi lah peluang Mukriz untuk berfikir...dalam hal ini.Lebai Sudin jangan mengikut perasaan...

ALOR SETAR 14 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin perlu menarik balik kenyataan meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan jika gagal membuat pendirian terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Cawangan Bukit Lada, Musa Ahmad berkata, desakan seumpama itu tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli UMNO kerana boleh membawa perpecahan kepa­da parti.

Katanya, Ahmad juga perlu meminta maaf kepada Mukhriz di atas kenyataan tersebut bagi memulihkan kembali keadaan.

“Saya daripada wakil akar umbi Bukit Lada tidak bersetuju dengan kenyataan Ahmad itu kerana menunjukkan seolah-olah berlakunya perbezaan di antara Pusat dan negeri.

“Sepatutnya beliau tidak perlu terburu-buru memberikan kenyataan berhubung perkara ini, kita perlu serahkan kepada Badan Perhubungan UMNO negeri untuk buat keputusan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebanyak 30 ketua cawangan kawasan Bukit Lada turut hadir dalam sidang akhbar tersebut.

Dalam masa sama, Musa berkata, ADUN Bukit Lada itu seolah-olah cuba mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

“Hubungan Najib dan Mukhriz amat baik dan tidak mempunyai masalah, perkara itu dapat dilihat semasa berlangsungnya Konvensyen UMNO negeri di sini pada bulan lalu.

“Setakat ini, kami menyokong Perdana Menteri dan Mukhriz. Ini kerana kepemimpinan Mukhriz dipercayai oleh Najib memimpin negeri ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana