LAGI SOKONGAN TERUS KEPADA PM......KENYATAAN AKHBAR KELAB ADUN BN PERAK (BNBBC PERAK) IPOH, 6HB APRIL 2015

1. Kelab Adun Barisan Nasional Negeri Perak atau BNBBC Perak yang terdiri daripada 19 anggota, dan seluruh barisan Exco Kerajaan Negeri Perak termasuk Timbalan Speaker, ingin menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak untuk terus menerajui kepimpinan negara selaku Perdana Menteri Malaysia. Selaku ADUN-ADUN yang menang atas tiket parti UMNO, kami juga menyokong penuh supaya Dato’ Seri Mohd Najib terus memimpin parti selaku Presiden UMNO.

2. Kami melahirkan rasa kesal atas tindak tanduk segelintir pihak dan individu tertentu yang terus-terusan mengeluarkan kenyataan mempertikaikan kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

3. Sejak Dato’ Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri ke-6 pada 3 April 2009, iaitu enam tahun lalu, segelintir anasir tidak bertanggungjawab telah cuba melemahkan dan mengganggu pentadbiran dan kepimpinan beliau dengan niat-niat politik tertentu.

4. Kami merasakan bahawa majoriti senyap di kalangan rakyat masih tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah negatif yang ditimbulkan oleh anasir-anasir tidak bertanggung jawab ini yang mahu mengganggu-gugat kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib.

5. Keputusan Pilihanraya Umum ke-13 pada 2013 jelas menunjukkan bahawa rakyat dan para pengundi meyakini corak kepimpinan Dato’ Seri Najib berdasarkan pencapaian Barisan Nasional dan UMNO yang lebih baik berbanding Pilihanraya Umum ke-12, berdasarkan manifesto BN bertajuk “Bersama Najib – Menepati Janji dan Membawa Harapan”.

6. Kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib didapati sentiasa komited untuk menegakkan demokrasi, memacu pembangunan negara serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela dan diberikan keutamaan.

7. Selaku ADUN BN, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kepimpinan pucuk pimpinan parti tidak diganggu-gugat oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Adalah menjadi harapan kami supaya Dato’ Seri Mohd Najib berasa selesa dan yakin dengan sokongan yang diberikan oleh wakil-wakil rakyat BN, samada di Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri di seluruh negara, untuk terus merealisasikan dasar-dasar pentadbiran yang telah dirangka dan sedang dilaksanakan.

8. Kami juga ingin melahirkan keyakinan bahawa dasar-dasar pentadbiran Dato’ Seri Mohd Najib selama ini mampu untuk memberikan kemenangan lebih cemerlang kepada calon-calon BN dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti berdasarkan sokongan rakyat dan pengundi yang semakin meningkat terhadap BN.

9. Kepimpinan yang ditunjukkan oleh Dato’ Seri Mohd Najib adalah bersesuaian dengan zamannya, tambahan lagi beliau menjadi Perdana Menteri diera negara berhadapan dengan sistem maklumat tanpa sempadan dan keterbukaan media sosial.

10. Berdasarkan faktor-faktor di atas, kami ADUN-ADUN BN Perak menyokong tanpa berbelah bahagi supaya Dato’ Seri Mohd Najib kekal menerajui kepimpinan negara selaku Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO sehingga selepas Pilihanraya Umum ke-14 nanti, supaya dasar-dasar pentadbirannya dapat diteruskan.

Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib
Pengerusi Kelab ADUN BN Perak

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana