Lagi lima PAS kawasan tolak Mat Sabu...Tanda Tanda Awal Akan Bungkus

SHAH ALAM: Lima lagi PAS kawasan menolak Mohamad Sabu untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden selepas mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan itu dalam mesyuarat agung kawasan mereka.

Lebih mengejutkan PAS Batu Kawan tidak mencalonkan Mohamad selaku pesuruhjaya Pulau Pinang bertanding dalam jawatan tertinggi itu.

Akhbar Utusan Malaysia itu juga melaporkan PAS kawasan Jerlun, Merbok dan Hulu Terengganu mencalonkan Tuan Ibrahim selaku naib presiden PAS kini, untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti, pada pemilihan parti itu Jun ini.

Manakala PAS Lenggong turut mencalonkan Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang bertanding jawatan timbalan presiden.

Kelima-lima kawasan itu mencalonkan supaya beliau digandingkan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, PAS Jelebu mencalonkan bekas naib presiden, Ahmad Awang bagi jawatan presiden, manakala Mohamad sebagai calon timbalan presiden.

Manakala PAS Tanjong Piai pula mencalonkan Naib Presiden, Datuk Husam Musa sebagai presiden untuk berganding dengan Mohamad sebagai timbalannya.

Muktamar PAS ke-61 akan berlangsung di Kuala Selangor pada 2 hingga 6 Jun.

Sebanyak 191 kawasan yang akan memilih pucuk pimpinan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana