Lagi kisah saat akhir Jamaluddin Jarjis sebelum nahas helikopter

 Bayangkan siapa yang tidak terkejut.Baru saja selepas lambai selamat jalan kepadanya kemudian dapat khabar Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis terlibat dalam nahas helikopter di Semenyih.
Sebenarnya helikopter Dauphin yang membawa Ahli Parlimen Rompin itu mendarat sekejap di Kota Bahagia berhampiran Bandar Tun Razak,Rompin dulu sebelum meneruskan penerbangan ke Subang bilamana terhempas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahussin memberitahu beliau tumpang helikopter itu untuk ke situ dari Pekan selepas majlis kenduri anak Perdana Menteri.

Ketika itu selain beliau dan Jamaluddin dalam helikopter itu Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias,usahawan Datuk Tan Huat Seang,pengawal peribadi Jamaluddin, Razak B Seran,juruterbang, Kapten Clifford William Fournier, Pembantu Operasi helikopter, Aidana Baizieva.

Kawasan ADUN Bukit Ibam adalah salah satu kawasan DUN dalam bahagian Rompin.

Menurut Wan Kadri Allahyarham hendak balik ke Kuala Lumpur kerana perlu menghadiri satu majlis kenduri malam tadi.

Katanya sebab itu Jamaluddin hendak pulang awal dari majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan.

Asalnya mereka hendak mendarat dulu di Bandar Tun Razak kerana Jamaluddin ingin menziarah seorang kakitangannya yang baharu sahaja kematian ayah.

"Bagaimanapun kami terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

"Berikutan keadaan itu juga kami terpaksa membatalkan hasrat untuk melawat tanah milik Allahyarham yang sebelum ini ingin diwakafkan kepada sebuah pusat tahfiz," katanya.

Wan Kadri berkata helikopter itu kemudian menurunkannya di Kota Bahagia berhampiran Bandar Tun Razak, sebelum meneruskan penerbangan ke Subang.

Katanya, beliau menerima perkhabaran malang itu ketika dalam perjalanan ke Muadzam Shah, daripada seorang rakan yang memaklumkan helikopter yang dinaiki mangsa tidak kunjung tiba, dan dalam masa sama sebuah helikopter dilaporkan terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih.

Beliau yang masih terkejut dengan perkhabaran itu bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana telah bersama mereka menaiki helikopter itu.

"Saya bukan hanya kehilangan rakan seperjuangan tetapi seorang rakan baik yang sangat pemurah dan sentiasa mengambil berat terhadap rakan-rakan," katanya yang terlalu sedih dengan kejadian itu.

Sementara itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang terkejut dengan insiden itu, berkata beliau sempat minum teh bersama Jamaluddin di sebuah hotel pada malam Jumaat lepas, selepas perasmian program AgroBazar Rakyat 1Malaysia oleh Perdana Menteri di Indera Mahkota,Kuantan.

Malah, Ismail Sabri berkata pada majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri di Pekan semalam, beliau sempat bergambar bersama Jamaluddin dan Azlin.

"Saya benar-benar terperanjat dengan berita ini. Saya merasa sangat sedih kerana Jamaluddin sahabat karib saya sejak dari zaman Pemuda UMNO.

"Pemergian beliau satu kehilangan kepada saya dan rakan-rakan serta negara," katanya dan menambah Jamaluddin pulang awal sebelum majlis perkahwinan tersebut berakhir.

Ismail Sabri turut menyifatkan Jamaluddin seorang sahabat yang setia dan tetap bersama walaupun dalam apa jua keadaan.

Beliau berkata Jamaluddin seorang pemimpin berpandangan jauh dan ini terbukti semasa Allahyarham menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertanggungjawab melaksanakan Program Angkasawan Negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib memberitahu beliau juga sempat bertemu Jamaluddin di perasmian AgroBazar Rakyat 1Malaysia pada sebelah malam (Jumaat) dan kemudian bertemu di satu majlis makan malam di Pekan.

"Semalam, kami berjumpa pula di kenduri ( anak Perdana Menteri) . Kami berbual seperti biasa. Pelbagai topik termasuk politik. Allahyarham pulang terlebih dahulu daripada saya," katanya.

Selain itu, Ismail juga sempat bertegur sapa dengan Azlin Alias pada majlis itu.

"Sebelum ke meja tetamu khas dan kenamaan, saya duduk semeja dengan Azlin. Tidak sangka itu menjadi pertemuan terakhir kami," katanya.

Beliau berkata Allahyarham Jamaluddin menjadi guru sambilan di sekolah menengah tempat beliau belajar dan mengajar mata pelajaran matematik.

Jamaluddin ketika itu sedang menunggu tawaran kerajaan melanjutkan pelajaran ke University of Manchester, United Kingdom pada 1970-an.

"Arwah antara individu yang banyak membantu saya semasa belajar. Seperti kebiasaan saya memanggil beliau cikgu, sehingga beliau mendapat gelaran Tan Sri," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana