Kuatkuasa Perlu Tegas Barulah.....Tiada lagi caj perkhidmatan di restoran dan hotel

Berkuat kuasa serta merta semua restoran dan hotel tidak lagi dibenarkan mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan sekiranya tidak mempunyai perjanjian secara kumulatif antara pekerja dan majikan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sekiranya berlaku pelanggaran arahan tersebut pengguna boleh melaporkan kepada pihaknya dan disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan atau Akta Perihal Dagangan atau Akta Perlindungan Pengguna.

“Selain itu, jika peniaga mahu mengenakan caj perkhidmatan mereka diwajibkan mempamerkan notis perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan.

“Keputusan ini dibuat di peringkat kementerian dan akan dilaksanakan sehingga satu polisi baharu diperkenalkan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar taklimat cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Putrajaya pada Isnin.

Alias berkata, tindakan itu diambil berikutan tiada badan khusus yang mengawal selia pelaksanaan caj perkhidmatan di Malaysia sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana