Kritikan Mahathir : Khairy Desak Kerajaan Bertindak Segera...Bagilah Peluang Dulu

KUALA LUMPUR 4 April - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta pihak kerajaan bertindak segera menjawab isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, ianya dikhuatiri akan akan menjadi bertambah meruncing kerana kenyataan bekas pemimpin negara itu telah mendapat perhatian masyarakat.

"Sebagai seorang bekas Perdana Menteri, kita harus mendengar dan menghayati apa yang ditulis beliau. Bagi saya, kita tidak boleh buat tidak tahu saja apa yang dibangkitkan Dr Mahathir.

"Buat tidak tahu bukan pilihan. Kita tidak boleh cuba buat tidak tahu. Kalau kita buat tidak tahu masalah ini akan menjadi lebih teruk lagi.

"Kita perlu selesaikan masalah itu. Apa yang Dr Mahathir bangkitkan kita perlu jawab walaupun kita rasa jawapan sudah diberikan, kena jawab lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Universiti Teknologi Malaysia di sini hari ini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO itu menjelaskan , kerajaan perlu bersedia menjawab kesemua isu yang dibangkitkan tidak kira sama ada melibatkan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian jet kerajaan atau dakwaan pembunuh warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Katanya, apa yang dimahukan Dr Mahathir ialah semua persoalan dijawab Najib sendiri supaya lebih berkesan.

"Saya fikir itu yang Dr Mahathir mahu. Kita boleh buat penjelasan tetapi pada pandangan saya, yang paling berkesan apabila perdana menteri sendiri memberi penjelasan tersebut," ujarnya.

Khairy bagaimanapun tidak bersetuju dengan ramalan Dr Mahathir bahawa Barisan Nasional (BN) akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di bawah kepimpinan Najib.

Tambahnya, BN optimis mampu mempertahankan kemenangan pada pilihan raya akan datang walaupun berdepan laluan sukar termasuk isu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Kita tidak setuju. Kalau kita setuju saya tidak akan menyatakan sokongan dan keyakinan Pemuda dan saya sebagai menteri kepada kepimpinan Najib.

"Sudah pasti kita sedang melalui satu keadaan yang agak sukar kerana kita baru saja melaksanakan GST. Kita pun tahu dalam pelaksanaan GST ini akan mengundang ketidakpuasan hati dan kemarahan rakyat.

"Tetapi janganlah sampai kita buat kesimpulan oleh kerana apa yang sedang kita lalui hari ini bermaksud kita akan kalah pilihan raya di bawah Najib," kata Ahli Parlimen Rembau itu.

Pada Khamis lalu, Dr Mahathir memberikan kritikan paling keras terhadap Najib dan mendakwa rakyat Malaysia tidak mempercayai Perdana Menteri itu dan meramalkan BN akan tewas dalam PRU14 sekiranya terus mengetuai UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana