Kit Siang dakwa hudud dijadikan senjata hancurkan Pakatan Rakyat

SHAH ALAM: DAP terus menuduh PAS sebagai bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan bagi melaksanakan hudud di Kelantan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang terus melontar tuduhan terhadap PAS namun enggan mengupas kenyataan pemimpin PAS bahawa parti itu tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat.

Kit Siang mendakwa sebarang pembentukan kerajaan perpaduan PAS-Umno demi pelaksanaan hukum hudud di Kelantan bukan sahaja menghancurkan Pakatan Rakyat (PR), tetapi juga mengancam Barisan Nasional (BN).

"Ia bukan sahaja boleh merosakkan perpaduan dan solidariti dalam PR dengan kejayaannya memikat sokongan PAS yang kononnya mendapat sokongan Umno dalam isu hudud Kelantan, ia juga mengancam perpaduan dan kelangsungan BN dan persekutuan Malaysia.

Sejak beberapa bulan lalu, pimpinan DAP memperhebatkan serangan ke atas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tekad PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan beberapa pindaan ke atas undang-undang itu dengan sokongn kesemua 12 ADUN Umno.

Di Parlimen, Hadi akan membentangkan usul persendirian bulan depan, yang jika diluluskan dengan majoriti mudah, membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Kit Siang mendakwa perancangan melaksanakan hudud didorong oleh Umno sebagai senjata menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau merujuk kepada kenyataan menteri yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, bahawa BN sedia bekerjasama dengan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.

"Konspirator kerajaan perpaduan dalam Umno begitu berjaya hingga menyebabkan kerosakan besar kepada perpaduan dan solidariti PR, “ kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana