Kisah BMW: Hello Rafizi... kalau nak balun pun tengoklah kiri kanan

Ini bukan kali pertama Ahli Parlimen Pandan ini buat dakwaan hentam keromo... sudah beberapa kali kantoi apabila fakta sebenar selepas  diperiksa terbukti sebaliknya.
Ingat lagi kes video seks amoi... beliau beria-ia pertahankan bosnya kononnya pada masa dan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim ada tweet sesuatu, bukan main dengan amoi.

Apabila wartawan periksa balik semua tweet Anwar... BINGO, dakwaan tersebut tidak benar.

Orang yang jenis hentam keromo ini, berharap supaya pengikutnya percaya bulat-bulat semua kata-katanya.

Terbaru tindakannya mahu mewujudkan persespsi kononnya kerajaan beli kereta BMW, siap bergambar, dalam sidang media sudahnya malu sendiri.

Hajat beliau kita faham sangat... nak bikin rakyat marah pada kerajaan, kononnya boros.

Tapi yang kita pelik... dia ni tak buat homework ke?

Hendak belasah kerajaan tapi tak ada fakta langsung, hanya jalan cerita ala-ala spy leman.

Pada sidang akhbar di lobi Parlimen Rabu, Rafizi memberitahu wartawan beliau terima maklumat dan gambar enam kereta jenis BMW 7-Siri yang disimpan di satu lokasi di Bandar Puteri, Puchong yang tidak mempunyai nombor plat lesen.

Sebaliknya, kereta-kereta mewah tersebut mempunyai lambang Jata Negara dan yang dakwanya mengundang spekulasi bahawa mereka dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan.

Dakwaan tersebut turut disebarkan melalui media sosial.

Selepas perkara itu menjadi viral di media sosial.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Alan Harris menjelaskan tuduhan Rafizi tersebut salah apabila mendakwa enam kereta BMW dengan Jata Negara itu dibeli oleh Kerajaan.

"Kereta-kereta adalah sebahagian daripada komitmen BMW Group Malaysia sebagai Rakan Automotif Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 berlangsung di Kuala Lumpur dan Langkawi dari 24 hingga 28 April ini. BMW Group Malaysia menyediakan satu kumpulan BMW 7-Siri dan BMW 5-Siri yang akan digunakan sebagai kenderaan tetamu kenamaan dan pegawai-pegawai untuk mesyuarat akhir bulan ini, "kata Alan Harris.

Soalan yang menarik adalah, selepas Rafizi terbukti salah... Apa tindakan kerajaan Malaysia terhadap individu yang menfitnahnya?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana