KHATIB JEMPUTAN LANCARKAN PERANG KEPADA KUMPULAN BOIKOT PRK DI MASJID DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Hari ini admin memilih Majid Daerah Seberang Perai tengah untuk menunaikan solat Jumaat. Niat seperti biasa mendengar khutbah untuk mendapatkan ilmu di samping sebagai syarat sah untuk solat Jumaat.

Malangnya, amat menyedihkan khutbah yang di baca oleh khatib jemputan amat amat menyedihkan . Ust Sobri bekas calon yang kalah di dalam PRU umum menentang Pak Lah di Kepala Batas. Sungguh lantang melaungkan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini.

Pada permulaanya, khatib jemputan ini menyeru jemaah supaya menghormati ulamak dan selepas itu barulah dikaitkan dengan bahaya fitnah dan mengaitkan konsep Fiqh siasah. Geli hati admin apabila ustaz ni melaung menyeru jemaah menyokong pakatan rakyat. Ramai anak jemaah yang terkejut kerana khutbah yang di ucapkan beliau tiada unsur unsur penyatuan ummah dan nasihat .

Lalu dengan perasaan geram beliau mengaitkan fiqh siasah dengan kewajipan menentang kezaliman. Tidak lupa beliau menyindir individu dan parti tertentu yang ingin memboikot Pakatan rakyat. Soalnya sekarang parti mana yang ingin memboikot PKR di Permatang Pauh? Jawabnya dah tentulah lah parti ustaz Yusni Mat Piah..

Katanya Parti tersebut seolah olah tidak memahami dasar yang dipersetujui bersama oleh PR sebelum ini iaitu menentang kerajaan yang zalim, membasmi rasuah, membantu orang miskin yang ditindas.

Khatib juga seolah-olah menyindir Parti yang melaungkan boikot tidak memahami konsep walaq.isi kandung khutbah hari ini penuh dengan laungan sokongan Pakatan Rakyat dan menghentam kerajaan memerintah.

Admin ingin sampaikan nasihat pada ustaz Sobri jangan angkuh sangat dan jangan terlalu mengikut kehendak exco agama yang menyusun jadual khatib2 sepanjang 2 kali khutbah dalam PRK ini. Ustaz Sobri kena ingat kamu tidaklah hebat mana pun jika dibanding dengan parti yang melaungkan boikot tu. Jangan sampai tahap orang tak hormat kamu dan level kamu dengan ustaz ' sekupang".

Kamu angkuh minta jemaah merakam ucapan kamu baik-baiknya. Ish berlagak sungguh kamu. jangan kamu ingat jemaah yang dengar tu batu dan kayu. Mentang mentanglah khutbah Jumaat tiada soal Jawab. Fiqh siasah mana yang kamu ambil wahai ustaz? Kamu dah habis baca tentang fiqh siasah?

Admin kecewa sebab parti yang melaungkan boikot itu dikritik hebat oleh ustaz sobri Arshad. Maka bermulalah perang PRK 044 yang diletak atas pentas khutbah yang sepatutnya menyatukan ummah .Menanglah perancang sebenar yang mahukan umat Islam PAS UMNO dan PKR terus bercakaran.

Sesiapa yang ingin menghubungi dan bersoaljawab dengan ustaz lantang belaan Malik Kassim ini boleh hubungi no telefon beliau 019 4296690. Ustaz sobri habaq tadi " bercakaplah benar walaupun pahit. So ustaz tunggu no anak jemaah nak call nanti. jangan silent dan jangan tak jawab .

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana