Kaw Kaw kena Belasah....GST : Syarikat Telekomunikasi Sabotaj, Tindas Pengguna - Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR 2 April - Keutamakan majoriti syarikat rangkaian telekomunikasi yang mementingkan keuntungan dan terus menindas pengguna seumpama mensabotaj usaha kerajaan pada hari pertama pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengerusi Biro Media Sosial, Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak dalam satu kenyataan berkata, kerajaan telahpun memberitahu syarikat-syarikat rangkaian telekomunikasi untuk tidak mengenakan GST di kad-kad pra-bayar.

“Pengguna perlu tahu bahawa sebelum ini kad pra-bayar mempunyai elemen cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus atau dengan maksud lain, harga kad prabayar adalah termasuk dalam cukai perkhidmatan,” ujarnya yang menggesa harga jualan kad prabayar dikekalkan.

Ibdilillah mempersoalkan tindakan syarikat-syarikat itu menaikkan harga dan mengelak daripada membayar cukai perkhidmatan 6 peratus sebaliknya memindahkan beban membayar cukai itu kepada pengguna.

“Adakah ini satu tindakan sabotaj oleh syarikat-syarikat telekomunikasi ke atas kerajaan? Syarikat-syarikat ini bersikap tidak jujur dengan mengambil kesempatan ke atas pengguna. Apa yang utama bagi mereka ialah keuntungan berlebihan tanpa menghiraukan nasib pengguna?” soalnya.
 Beliau menyarankan pengguna mempertimbangkan tindakan boikot ke atas syarikat rangkaian telekomunikasi yang hanya mementingkan keuntungan berlebihan selain menggesa perkara itu segera diberi tumpuan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)dan Kastam.

Ibdilillah merujuk laporan pengguna semalam yang tidak berpuas hati pengguna dengan tindakan pengusaha syarikat telekomunikasi yang mengenakan GST terhadap kad tambah nilai prabayar.

Ianya disusuli dengan reaksi Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk T Subromaniam mengesahkan satu siasatan akan dilakukan terhadap tindakan syarikat telekomunikasi yang menaikkan harga kad tambah nilai prabayar walaupun tidak tersenarai untuk dikenakan sistem cukai berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana