Kapten Lee SAHKAN BUKAN SEBAB CUACA, beliau SAKSI Udara Pilot Heli Dari Johor Berada Sebelah Heli NAHAS NAMPAK Kejadian

Astro AWANI menemubual seorang juruterbang helikopter berasingan ketika kejadian.

Beliau yang hanya ingin dikenali sebagai Kapten Lee menjadi saksi di udara, sedang terbang dari Johor ke Subang, menyaksikan nahas berlaku.

Kapten Lee menyatakan semasa beliau tiba di Kajang didapati terdapat sebuah lagi 'kapal' yang datang dari Kuantan.

Beliau menyatakan telah berhubung dengan Kapten 'Kapal' tersebut beberapa minit sebelum 'kapal' tersebut dilihat menjunam dan akhirnya terhempas serta mengeluarkan asap hitam.Kapal beliau semasa kejadian berada bersebelahan dengan 'kapal' nahas.

Kapten Lee dengan penuh yakin menyatakan cuaca bukan menjadi faktor utama kepada kemalangan tersebut walaupun cuaca semasa kejadian adalah hujan panas, namun tiada ribut. Cuaca ketika kejadian adalah cerah.

Beliau kemudiannya tidak mahu mengulas lanjut mengenai punca kejadian dan menyerahkan kepada siasatan pihak berkuasa.



Tan Sri Jamaluddin Jarjis Antara yang terkorban

Jamaluddin Jarjis antara terkorban Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis antara enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, petang tadi. Beliau berkata, Jamaluddin berada di dalam helikopter berkenaan ketika nahas berlaku.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, seorang saksi Roslan Harun, 53, yang berada berhampiran lokasi kejadian melihat api marak di kawasan kebun kelapa sawit. Menurutnya, dia tidak dapat menghampiri lokasi kejadian dan berada kira-kira 200 meter dari serpihan badan utama helikopter berkenaan.

"Ketika kejadian hujan lebat dan saya terus menghubungi bomba memaklumkan kejadian itu. "Saya kemudian keluar dari lokasi nahas untuk menunjukkan jalan kepada pihak berkuasa untuk masuk ke sini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian nahas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana