Jika Di Kajang Pun Menghampakan, Bagaimana Boleh Jaga Permatang Pauh?

KUALA LUMPUR, 3 April – Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz berkata berdasarkan prestasi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang ternyata beliau gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana yang dimahukan pengundi di kawasan itu.

Jelas Johan, ini bukanlah kerana Wan Azizah adalah presiden parti PKR tetapi prestasi yang ditunjukkan setakat ini sememangnya menghampakan.

“Sebagai wakil rakyat di Kajang, dia gagal untuk menyelesaikan banyak isu termasuklah masalah banjir di kawasan tersebut malah dia seorang yang tidak berpendirian kerana sering bersandar kepada ‘arahan’ suaminya.

“Kini hendak dicalonkan pula sebagai calon di Permatang Pauh? Saya tidak rasa dia mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya sekiranya menang,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga ADUn Semenyih berkata  Wan Azizah sememangnya tidak mempunyai ketokohan untuk menjadi pemimpin politik sebaliknya dia lebih layak dipuji sebagai isteri yang taat kepada suaminya yang juga Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah katanya ramai yang mengetahui penglibatan Wan Azizah dalam dunia politik hanyalah kerana mahu membela suaminya sehinggakan jawatan yang disandangnya sebagai Presiden PKR juga tenggelam dek bayangan Anwar.

“Dia tidak ada pengalaman dalam pentadbiran malah tidak pernah berfungsi secara berkesan selaku presiden parti kerana ada tangan ghaib Anwar di belakangnya.

“Jadi saya berharap agar para pengundi di Permatang Pauh berfikir secara waras dan matang dalam memilih calon pemimpin untuk mewakili mereka di Permatang Pauh.

“Lihat dan teliti apa yang telah di bawa oleh Anwar sepanjang menjadi wakil rakyat di sana. Jangan hanya kerana taksub maka kita tersalah pilih pemimpin,” katanya.

PRK DUN Permatang Pauh bakal diadakan berikutan Lembaga Pengampunan Diraja menolak petisyen yang dibuat oleh keluarga Anwar untuk mendapatkan pengampunan Diraja terhadap kes liwatnya sekaligus Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sebelum itu Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas, menolak rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bahari Azlan pada 2008, dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana