Jeng...Jeng...Kes Guling Hadi : Mat Sabu tunggu dipanggil pimpinan parti

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu memaklumkan sehingga ke hari ini tidak dipanggil oleh kepimpinan parti bagi menjawab tuduhan mahu menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah, beliau juga difahamkan tidak ada sesiapa tampil membuat aduan rasmi berhubung dakwaan salah lakunya, berkaitan satu rakaman audio yang hangat disebarkan pada penghujung Mac lalu.

"Saya pun masih tunggu (panggilan) daripada dia (Mustafa) tapi sampai sekarang masih belum ada apa-apa," demikian kenyataan Mohamed, atau dikenali sebagai Mat Sabu, yang dipetik dari The Malaysian Insider.

Sebelum ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kesahihan rakaman audio tersebut.

Audio itu didedahkan oleh satu akaun Facebook dikenali sebagai "Tuc Tok Usin Ceroi" yang dikatakan mesra golongan ulama PAS.

Mat Sabu dikaitkan dengan satu konspirasi menjatuhkan Presiden PAS, apabila dikatakan cuba memberi taklimat dan arahan kepada sekumpulan ahli PAS, untuk membuat serangan balas yang terdahulunya disasarkan kepada dirinya.

Mat Sabu juga dalam pada itu enggan memberi respon lanjut berhubung siasatan itu, melainkan dari pihak Mustafa sendiri.

"Saya ingat kena tanya dialah tentang perkara ini," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana