Janji Tinggal Janji PR Ada Hati Nak Bagi Pinjaman Percuma Tu.....DUN Selangor kecoh guru KAFA dakwa elaun tidak naik sejak tiga tahun lalu...

 SHAH ALAM: DUN Selangor hari ini kecoh apabila seorang guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) berkeras mahu berjumpa Menteri Besar dan Exco negeri itu untuk menuntut janji kenaikan elaun yang berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Ekhsan Bukharee Badarul Hisham berkata selama tiga tahun, kerajaan negeri Selangor mempermainkan perasaan guru-guru KAFA kononnya untuk menaikkan elaun mereka daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Namun sehingga kini mereka masih menunggu walaupun menteri besar silih berganti."Sejak dari manifesto Pakatan Rakyat menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 lagi, janji-janji manis ini sentiasa didendangkan di telinga para ustaz dan ustazah di Selangor.

"Ya, kami tidak menafikan banyak penambahbaikan dibuat oleh kerajaan Selangor, semenjak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga Mohamed Azmin Ali," insan terus terabai sebegitu rupa," katanya ketika ditemui media, pagi tadi.

Gagal berjumpa Azmin dan barisan Exco, Ekhsan mula membacakan surat terbuka yang padanya mewakili suara semua guru KAFA di Selangor.

Malah beliau dilihat turut mengalirkan airmata ketika membacakan surat terbuka itu mengenangkan nasib yang menimpa rakan-rakan setugasnya.

Surat itu kemudiannya diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Datuk Mohamad Yasid Bidin dan berjanji akan membawa isu itu kepada pengetahuan pihak atasan.

Ekhsan berkata bukan itu sahaja, guru-guru KAFA seolah-olah dinafikan hak mereka untuk diserap masuk sebagai guru tetap.

"Sehingga kini kekosongan guru tetap (DG29) tetap menjadi rebutan umpama seketul daging yang mahu dilahap oleh ribuan karnivor. Kekosongan jawatan tetap tersebut untuk tahun ini sahaja diisi oleh ribuan guru KAFA dan dipanggil temuduga seramai lebih kurang 500, namun yang menerima jawatan hanya 66 orang sahaja.

"Apakah nasib guru-guru KAFA yang hanya berstatus sambilan sahaja? Kami dibuat seperti penagih yang dahagakan jawatan tetap manakala kebajikan kami sebagai guru yang bertanggungjawab memegang amanah mendidik," ujarnya lagi.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana