Janji PR Janji Undi ....Guru KAFA 'serang' DUN bakal dikenakan tindakan...

SHAH ALAM: Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, 24, yang cuba memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyampaikan surat tuntutan kenaikan elaun golongan itu kepada wakil rakyat namun berjaya dihalang baru-baru ini berkemungkinan menerima tindakan tegas.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya meminta guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Kapar itu memberi penjelasan berhubung tindakannya tersebut dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya, berdasarkan jawapan kepada surat yang dihantar oleh JAIS itu, pihaknya akan meneliti bentuk tindakan selanjutnya terhadap Ekhsan Bukharee.

“JAIS mengemukakan surat mohon penjelasan kepada beliau (Ekhsan Bukharee) pada Khamis lalu.

“Kita beri tempoh dua minggu untuk (beliau) jawab surat tersebut sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Minggu lalu kecoh apabila Ekhsan 'menyerang' DUN Selangor dan mahu berjumpa Menteri Besar dan Exco negeri itu untuk menuntut janji kenaikan elaun yang berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Beliau mendakwa selama tiga tahun, kerajaan negeri Selangor mempermainkan perasaan guru-guru KAFA kononnya untuk menaikkan elaun mereka daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana