Jangan Kusutkan Lagi Konflik Mahathir-Najib...Admin Rasa Ada Nak Pecah Belahkan UMNO?

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pendirian terbuka pemimpin UMNO menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan perpaduan dan semangat permuafakatan masih lagi menjadi keutamaan dalam parti itu.

“Sokongan tersebut adalah tindakan rasional kerana perpaduan dan keutamkaan parti tidak perlu dicampur adukkan dengan agenda peribadi,” tegasnya menerusi laman blognya hari ini.

Beliau menegaskan, pendirian tersebut dizahirkan ketika Perdana Menteri yang juga presiden parti berdepan dengan pelbagai tekanan dan serangan politik khususnya daripada pihak pembangkang.

“Ini menunjukkan pemimpin UMNO di peringkat akar umbi masih mengutamakan perpaduan dalam parti dan tidak terpengaruh dengan sentimen luaran,” ujarnya.

Ini kata beliau, secara tidak langsung memberikan mesej jelas bahawa kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan presiden parti masih lagi diperlukan.

Tambah Syed Ali lagi, sokongan terbuka yang dibuat oleh pemimpin  UMNO di setiap negeri tidak bermakna segala pandangan dan teguran yang dilontarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad diketepikan.

Kritikan dan pandangan bekas Perdana Menetri itu kata beliau, diterima baik oleh pemimpin UMNO kearah penambahbaikan parti dan pentadbiran kerajaan yang diterajui oleh Najib.

“Dengan kata lain, tiada istilah kita menentang Dr. Mahathir apabila beliau menegur pentadbiran Najib, kita terima teguran dan pandangan tersebut dengan positif,” jelasnya.

“Walaupun ada yang mendakwa kritikan keras Dr. Mahathir itu bertujuan supaya Najib meletakkan jawatan, tetapi bekas Perdana Menteri tidak pernah memaksa Najib berbuat demikian.

Sebaliknya jelas beliau, teguran Dr. Mahathir itu telah diberikan perspekstif negatif oleh pihak berkepentingan kononnya bekas Perdana Menteri itu mahu Najib melepaskan jawatan.

Jangan terjebak dengan isu yang sengaja diputarbelitkan pihak oportunis, berkepentingan.

 “Ini semua tafsiran liar pihak berkepentingan untuk merosakkan hubungan sesama pemimpin UMNO dan mahu melihat parti itu hancur,” tegasnya.

Beliau mengingatkan, adalah tidak wajar bagi mana-mana pemimpin UMNO cuba ‘menangguk di air keruh’ memburukkan lagi keadaan dengan turut membuat desakan supaya Najib menjawab segala kritikan Dr. Mahathir.

“Pada pandangan saya, kemelut hubungan Najib dengan Dr. Mahathir sepatutnya dijernihkan, bukan dikusutkan dengan desakan-desakan yang boleh memburukkan lagi keadaan,” tegasnya.

Beliau tidak menolak kemugkinan ada sesetengah pihak mengambil kesempatan tersebut untuk menonjolkan diri supaya dilihat popular dengan turut membuat kenyataan yang boleh mecalarkan reputasi Najib selaku Perdana Menteri.

Sambil melahirkan sokongan padu kepada Najib dan menghormati Tun Dr. Mahathir, Syed Ali berkata dalam situasi politik masa kini sepatutnya barisan kepimpinan UMNO memantapkan lagi semangat ukhwah dan perpaduan.

“Kita berdiri teguh dibelakang kepimpinan Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri dan dalam masa yang sama kita tetap menyanjungi Tun Dr. Mahathir sebagai negarawan,” tegasnya lagi.

Beliau mengingatkan, musuh sebenar UMNO ialah tentangan daripada gabungan parti-parti pembangkang dan bukannya bertelagah sesama sendiri atas isu-isu yang dilihat bersangkut dengan kepentingan peribadi.

“Keutamaan kita ialah memperkasaklan perjuangan UMNO dan mengekalkan sokongan orang Melayu terhadap parti itu, bukannya terjebak dan terheret dengan isu-isu yang sengaja diputarbelitkan oleh pihak oportunis dan berkepentingan,” katanya.

Tambah beliau, pihak pembangkang sememangnya berusaha dengan pelbagai cara serta strategi untuk menghancurkan kekuatan UMNO dari dalam.


Pembangkang kata beliau, meniupkan sentimen kebencian malampau terhadap pemimpin UMNO terutanma Perdana Menteri dengan pelbagai tohmohan dan tuduhan tidak berasas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana