Jangan Jadi Batu Api Làh...Mukriz Dan Najib Tak Ada Apa Apa pun..

E
Belum pun 24 April,tarikh bilamana Datuk Mukhriz Mahathir akan buat pengumuman rasmi pendirian UMNO Kedah mengenai isu PM-Tun Mahathir pasaran gosip politik sudah ligat cakap konon beliau sudah set untuk letak jawatan Menteri Besar Kedah pada hari itu.
Antara teori tukang karut ialah kononnya yang kini tersepit dalam isu berkenaan terpaksa memihak kepada bapanya.

Ditemui wartawan selepas satu majlis di Jerlun Khamis,beliau bukan saja menafikan khabar angin itu malah tidak memberi sebarang gambaran pada kemungkinan itu.

Kata Menteri Besar itu tak timbul sebarang masalah yang begitu besar yang memerlukan beliau meletakkan jawatan.

"Saya rasa tak ada sebab untuk saya lepaskan Jawatan ini pun amanah daripada Perdana Menteri dan amanah rakyat. Jadi tak timbul sebarang masalah yang begitu besar yang memerlukan saya meletakkan jawatan," katanya.

Mukhriz baru-baru ini memberitahu beliau akan umum pendirian secara konsesus 15 Ketua UMNO Bahagian di Kedah mengenai isu berkenaan pada pagi 24 April menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang itu.

Ini ekoran isu ADUN BN Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin desaknya letak jawatan jika tidak umum segera pendirian sokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana