Isu sokong PM... Sabar sat kata Mukhriz...Admin Harap MEreka Terus BErada Yang Terbaik

Tunggu pagi 24 April, itu reaksi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkaitan bila hendak umum pendirian UMNO negeri berkaitan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Umum tahu ketika ini wujud pengeseran antara bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib, maka Mukhriz yang merupakan anak Dr Mahathi sekaligus Pengerusi UMNO Kedah dan MB sudah pasti berada dalam serba salah.

Pun begitu ketika berdepan dengan soalan wartawan pada Isnin, kata Mukhriz UMNO Kedah sudah berbincang Sabtu lalu dan sepakat untuk mengumpulkan semua ketua-ketua bahagian UMNO Kedah dan mengumumkan pendirian mereka secara bersama pada pagi Jumaat 24 April ini.

tarikh tersebut dipilih kerana pada sebelah petangnya ada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC.

"Sehingga hari itu kita sudah bersetuju sesama kita untuk tidak keluar apa-apa kenyataan, seboleh-bolehnya kita hendak buat satu kenyataan yang bersifat konsensus antara semua anggota Badan Perhubungan UMNO Kedah," katanya.

Sehubungan dengan itu Pengerusi BN Kedah itu berharap ADUN, Ahli Parlimen dan Ketua-Ketua Bahagian di Kedah supaya bersabar menantikan tarikh yang sudah diputuskan dalam mesyuarat perhubungan itu.

"Sepuluh hari saja, bukan lama sangat... kita pertimbang pandangan semua pihak, perbincangan kita kemarin (Sabtu) pun adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan, ada dikalangan mereka ahli Majlis Tertinggi, ada yang berjawatan kerajaan (Pusat), ada di peringat negeri, pandangan bernas-bernas belaka, jadi itu kita tangguh dulu, kenyataan rasmi dari Kedah, saya rasa ada lagi satu-dua negeri yang belum buat kenyataan," ujar beliau.

Menurutnya perkara itu (maufakat) penting supaya keyakinan rakyat terhadap parti tidak terhakis.

"Saya tidak fikir kepimpinan UMNO di negeri ini (Kedah) akan buat kenyataan secara individu yang boleh menjejaskan (keyakinan rakyat), kita sudah bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat (tawan Kedah dari Pakatan semasa PRU13).

Menjawab soalan kebimbangan ramai mengenai UMNO Kedah yang bakal berpecah, kata Mukhriz beliau tidak fikir begitu.

"UMNO Kedah berada pada tahap kesatuan dan perpaduan yang tinggi, saya tidak fikir begitu teruk seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu khususnya pembangkang,"katanya dalam sidang media di MRSM Kubang Pasu Isnin.

Sebelum ini UMNO negeri-negeri mengeluarkan kenyataan menyokong kepimpinan Presiden selepas kritikan bertubi-tubi Dr Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana