Isu Sirul...Ketua Polis Negara tak gentar,cabar cerita semua

Lojiknya kalau ada yang nak disorok tak mungkin Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar terus tegas berdepan isu Sirul Azhar lebih-lebih lagi bila ia dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Petang Sabtu,beliau telah mengeluarkan satu kenyataan untuk menjawab dakwaan bekas anggota Unit Tindakan Khas yang kini ditahan Imigresen Australia bahawa beliau berbohong mengenai siasatan kes.

Khalid secara terbuka cabar Sirul 'cerita semua' jika ada yang hendak didedahkan.

Beliau menyifatkan Sirul orang yang terdesak untuk menyelamatkan dirinya dari tali gantung.

Sirul dalam interbiu dengan Malaysiakini dakwa Khalid berbohong ada hantar pegawai ke Australia untuk dapat keterangan darinya.

Ketua Polis Negara menegaskan beliau beliau tetap berpegang kenyataan yang dibuatnya kepada media mengenai isu Sirul semalam.

Katanya tentu sekali bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tidak tahu banyak butir siasatan polis keatas kes ini.

Beliau memberitahu apa yang Sirul bangkitkan sudah disiasat dan dapati tidak ada apa untuk teruskan siasatan.

Menurut Khalid Sirul sedang berusaha untuk mencetuskan keraguan keatas kesnya.

Katanya dari maklumat yang dikumpul setakat ini Sirul tidak dapat beri keterangan baru yang tidak mengaitkan dirinya dengan kes itu.

Dr Mahathir dalam satu majlis dailog Sabtu mendakwa adalah tidak adil mengantung Sirul kerana dia bertindak ada arahan.

Katanya Sirul pernah menjadi salah seorang pengawal peribadinya semasa Perdana Menteri dulu dan tidak pernah buat hal.

Bekas Perdana Menteri sebelum itu membangkitkan isu Sirul dalam posting terbaru di laman blognya che det.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana