Isu Dr Mahathir: Mukhriz tersepit di antara Najib dan ayah sendiri - Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat tersepit untuk membuat keputusan menyatakan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau bersetuju dengan pendapat ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Mukhriz perlu diberi masa dan sebarang tekanan kepadanya hanya akan memburukkan keadaan.

"Dia tidak boleh kata tidak sokong ayahnya, itu tanggungjawab seorang anak di dalam Islam. Mukhriz kini tersepit.

"Namun saya yakin dia tidak menolak Najib, dia akan membuat keputusan terbaik dalam sedikit masa dan keputusan itu akan memberi manfaat kepada keseluruhan parti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana