Isu AZAN , Pemuda Buat Laporan POLIS @RRAFIZAL

Satu laporan Polis telah dibuat hari ini oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , Saudara Rafizal Abd Rahim di Balai Polis Jalan Patani berikutan penyebaran surat daripada seorang individu bernama Ivan Goh Lee yang mahukan supaya laungan azan di perlahankan.

Rasionalnya laporan dibuat supaya pihak berkuasa dapat melakukan siasatan memandangkan pada hari ini terlalu banyak pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kepentingan tertentu.

Setakat ini kesahihan individu terbabit masih belum dapat dikenal pasti sebagai pihak yang bertanggungjawab dan senario ini amat membimbangkan kerana ia mampu mencetuskan ketegangan dan pergaduhan antara kaum dan agama khususnya di bumi Pulau Pinang.

Kepada semua berikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan !

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana