Inilah Tanda Tanda Awal.....Kelam kabut program kempen awal PKR di Permatang Pauh

Ada yang tak beres dalam PKR selepas beberapa program melibatkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sekitar parlimen Permatang Pauh hujung minggu lalu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.
Orang ramai tidak keluar ke tempat-tempat yang beliau pergi bagi menguji sokongan.

Antaranya dalam program yang disertai oleh Wan Azizah di Bukit Indra Muda kurang 100 orang yang hadir, program di Dewan Pauh Jaya sekitar 30 orang dan Kompleks Yayasan An-Nahdoh sekitar 40 orang pada Sabtu.

Tambah parah kepada gerak kerja persiapan pilihanraya PKR di kubu kuat mereka itu selepas terpaksa membatalkan semua program membabitkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali pada Isnin.

Perkara yang jarang-jarang berlaku ini sudah pasti menguatkan spekulasi ada 'perang proksi' dalam PKR membabitkan siapa calon sesuai untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di situ.

Bacaan mudahnya, jika Wan Azizah tidak bertanding atau bertanding kalah, calon paling sesuai untuk jadi calon PKR menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang adalah Menteri Besar Selangor Azmin Ali.

Azmin paling senior dari segi kedudukan dalam parti dan kerajaan untuk menggalas tugas tersebut.

Penyelaras media PKR untuk pilihanraya kecil (PRK) Permatang Pauh, Mohd Hafizan Mazuki dalam kenyataannya berkata pembatalan program Azmin termasuk kenduri rakyat dan pelancaran pusat operasi PRK di Guar Perahu atas beberapa sebab.

Walaupun tidak menyatakan sebab pembatalan, sumber parti menyebut ia ada kaitan dengan mesyuarat tergempar di Selangor yang membabitkan para pemimpin PKR dan PAS bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti menjelang PRK Permatang Pauh.

Pada Ahad, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan kata dua supaya PKR supaya menarik balik kenyataannya yang menolak rang undang-undang berkaitan hudud jika mahu mendapat sokongan PAS untuk PRK Permatang Pauh.

Omar berkata PAS Permatang Pauh memberi tempoh kepada PKR sehingga hari penamaan calon pada 25 April dan mendesak PKR memohon maaf secara terbuka.

Sementara itu Timbalan Ketua AMK Khairil Anuar Kamarrudin ketika dihubungi berkata beliau  menerima arahan daripada pemimpin pusat PKR supaya tidak mengeluar kenyataan pada masa sekarang.

"Sejak minggu lepas kami menerima arahan daripada para pemimpin pusat parti supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana terlalu banyak manipulasi terhadap situasi antara parti dan PAS," katanya.

Petang Isnin, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata setiap keputusan dibuat di peringkat PAS Pusat adalah muktamad.

"Apa yang diputuskan dalam mesyuarat di kawasan itu hak masing-masing, tetapi dari segi perjalanan apa sahaja keputusan parti, keputusan PAS Pusat mengatasi keputusan yang lebih bawah daripada peringkat pusat.

"....dan PAS Pusat menyokong calon di Permatang Pauh iaitu PKR dan Rompin... PAS, kita ambil keputusan untuk bersama-sama untuk memenangkan calon yang terpilih," katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pula berkata Pakatan menyerahkan kepada parti yang bertanding untuk menentukan calon mereka.

"PKR dan PAS telah membentangkan calon masing-masing pada Majlis Setiausaha dan dipersetujui secara sebulat suara dalam mesyuarat hari ini," katanya.

Ditanya mengenai tindakan PKR mengumumkan calonnya di saat-saat akhir, Rafizi berkata ia bertujuan untuk memberi kejutan bukan sahaja kepada pengundi tetapi juga parti lawan.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen selepas petisyen pengampunan diraja terhadap hukuman penjara atas kesalahan meliwat yang difailkan oleh keluarganya ditolak oleh Lembaga Pengampunan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hari mengundi PRK Permatang Pauh ditetapkan pada 7 Mei.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana