Inilah Kita Mahukan.....Pakej Data Jalur Lebar Serendah RM25 - Shabery

PUTRAJAYA 15 April - Kos pakej asas data jalur lebar akan berkurangan antara 11 hingga 57 peratus apabila pengguna bakal menikmati harga serendah RM25 bagi satu gigabite (1GB) yang ditawarkan syarikat telekomunikasi utama di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pengurangan harga ditawarkan syarikat telekomunikasi terbabit akan berkuatkuasa dalam tempoh antara satu hingga dua bulan lagi.

“Pakej mudah alih akan ditawarkan pada harga RM25, bagi pengguna yang melanggan pakej ini akan menikmati data bulanan sebanyak 1GB dan sekurang-kurangnya 3G-HSPA untuk kedua-dua perkhidmatan prabayar dan pascabayar.

“Pengurangan ini dianggarkan 14 peratus lebih rendah daripada harga biasa.

"Bagi perkhidmatan tetap pula, Telekom Malaysia (TM) dan Time dot Com bersetuju menawarkan pakej jalur lebar asas berkelajuan 1Mbpbs yang menawarkan data 1GB pada harga RM38.

"Bagi pakej Unifi yang mempunyai kelajuan 10Mpbs pula, TM akan menurunkan kadar caj bulanan sebanyak 10 peratus iaitu RM179 berbanding RM199 sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman pengurangan harga pakej asas jalur lebar di sini sebentar tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana