Ini Sudah Berbahaya Kepada Negara Ni.....Kumpulan militan rancang serang Putrajaya

Dua anggota tentera, seorang pengawal keselamatan yang menjaga senjata api dan militan dari indonesia antara 17 individu yang ditahan polis kerana kaitan dengan militan Negara Islam (IS).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu mereka merancang untuk menculik orang-orang kenamaan selain mahu menyerang beberapa lokasi strategik di ibu negara dan Putrajaya.

Beliau mengesahkan sekumpulan 17 orang yang ditangkap kerana dikaitkan dengan rangkaian militan IS.

Dalam satu kenyataan, Khalid berkata, suspek yang berusia 14 hingga 49 tahun ditangkap di sekitar Lembah Klang dan Kedah ketika mengadakan pertemuan sulit untuk merancang serangan terbabit.

Katanya, matlamat kumpulan itu juga adalah mahu menubuhkan kumpulan pengganas ala IS di Malaysia.

Antara yang ditangkap ialah anggota kanan sel yang berusia 49 tahun dan dia pernah menganggotai Kumpulan Militan Malaysia (KMM). Seorang guru agama berusia 38 tahun turut ditahan dan kedua-dua mereka ini pulang dari Syria sejak Disember lalu.

“Selain itu, seorang pengawal keselamatan yang mempunyai akses senjata api serta seorang bekas anggota Jemaah Islamiah (JI) yang mahir menggunakan senjata turut ditahan,” katanya.

Mengulas lanjut, Khalid memberitahu, anggota kumpulan berkenaan juga disyaki mahu menyerang balai-balai polis serta kem tentera bagi mendapatkan bekalan senjata api.

“Mereka turut merancang mahu mendapatkan bekalan itu daripada sebuah kumpulan pengganas dari negara jiran,” katanya yang mengesahkan seramai 92 orang telah ditangkap kerana terbabit dengan IS sejak tahun 2014.-7/4/2015

BERITA SEBELUM INI

Zahid dedah rancangan culik,serang balai polis dan kem tentera...

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari mendedahkan di Dewan Rakyat mengenai rancangan menculik individu berprofil tinggi, menyerang balai polis dan kem tentera untuk mendapatkan senjata oleh mereka yang disyaki terbabit kumpulan keganasan dan IS.

Maklumat itu diperolehi selepas kejayaan polis cawangan khas menahan 17 individu berusia 14 hingga 44 tahun, pada hari Ahad, semalam.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) di Dewan Rakyat, Zahid berkata, mereka juga merancang membuat bom berdasar nota yang memperincikan membuat bahan letupan oleh Imam Samudera.

Zahid berkata antara yang ditahan ialah bekas anggota Kumpulan Mujahidin Malaysia dan bekas tahanan ISA selain ada yang pernah menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Sulawesi.

Menteri itu seterusnya berkata ada juga yang pernah terlibat dalam cubaan merompak senjata api dari Balai Polis Guar Chempedak, Kedah pada 2001 selain ada yang baru sahaja pulang dari Syria selepas menyertai kumpulan militan IS.

Katanya, dua daripada mereka merupakan anggota tentera, dua pelajar, seorang pengawal keselamatan dan dua juruwayar.

"Ancaman ini adalah ancaman yang benar dan langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan," tegasnya.- 6/5/2015

"Ancaman ini adalah ancaman yang benar dan langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana