Ini Parah Namanya Ni.....Pemuda PAS Tegas Tidak Berkempen Di Permatang Pauh

PERMATANG PAUH 16 April -  Pemuda PAS Permatang Pauh tidak akan bekerjasama untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Jelas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah, ia berikutan tindakan Pemuda DAP (DAPSY) sebelum ini yang telah memutuskan hubungan dengan PAS di Pulau Pinang kerana tidak bersetuju dengan perlaksanaan Hudud yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

prkpermatangpauh“DAPSY sendiri dah putuskan hubungan dengan kita, jadi untuk apa kita nak pergi tolong dalam kempen kali ni?

“Sedangkan kita pun tidak dijemput semasa pelancaran jentera hari itu, untuk apa kita nak pergi ke sana pula?itu bukan tanda hormat dan sepakatnya di antara parti-parti gabungan,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my.

DAPSY Pulau Pinang sebelum ini telah mengumumkan pembekuan sebarang bentuk hubungan kerjasamanya dengan Dewan Pemuda PAS negeri berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pemudanya Ng Wei Aik berkata langkah itu adalah pendekatan terbaik dalam menunjukkan pendirian parti itu yang tidak dapat berkompromi dengan kerajaan PAS Kelantan yang terus dengan tindakan membentangkan rang undang-undang Hudud.

Namun jelas Yusni, bantuan akan diberikan jika DAPSY menarik balik kenyataan sekaligus kerjasama akan terus diberikan serta-merta.

“Kita macam mana pun memang akan tetap berkempen, dan kita akan tolong, tapi Hudud akan jadi isu utama kita untuk beri penerangan,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Yusni berkata PKR perlu memikirkan calon yang lebih layak untuk diletakkan di kawasan tersebut kerana kebanyakan wakil di negeri itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon di Permatang Pauh.

“Dulu dah kata sibuk nak jaga cucu, pergilah jaga, jangan sibuk nak bertanding sebab dia juga kata nak berehat, sekarang nak bertanding balik, rakyat penatlah.

“Tapi apa yang pasti, kalau PKR letak juga Wan Azizah, PRK kali ini akan hilang sebahagian undi sebab ramai tolak Wan Azizah, jadi kalau nak menang, PKR kena fikirkan sesuatu untuk letak calon yang paling layak,” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana